• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,000 Sekolah Bakal Dipilih Terima Rangkaian 5G

oleh Mohd Arshad
16/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
1,000 Sekolah Bakal Dipilih Terima Rangkaian 5G
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bakal memilih 1,000 sekolah di seluruh negara untuk menerima rangkaian 5G sekali gus memudahkan proses pengurusan dan pembelajaran di sekolah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata bagaimanapun pihaknya masih menunggu ‘lampu hijau’ daripada Kementerian Pendidikan (KPM) bagi melaksanakan perancangan berkenaan.

Katanya, K-KOMM sudah berunding dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Digital Nasional Bhd (DNB) yang bersetuju melancarkan pelaksanaan rangkaian 5G di sekolah termasuk di luar bandar dan pedalaman.

“Setakat ini, kita sudah putuskan untuk memilih enam sekolah sebagai percubaan bagi menguji sama ada rangkaian 5G sesuai atau tidak untuk dilancarkan di instusi berkenaan.

“Kita akan pastikan bukan sahaja dalam kawasan sekolah, malah penempatan di sekitar sekolah juga mendapat manfaat sama menerusi pelaksanaan rangkaian internet terbabit.

“Bagi merealisasikan rancangan ini, syarat pertama ialah perlu ada kerjasama dengan Telekom Malaysia (TM) kerana pihaknya bertanggungjawab membuat penyambungan gentian optik,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan harga barang di Pasar Ketereh, di sini, hari ini.

Annuar berkata, SKMM dan DNB pula bersedia menyediakan peralatan rangkaian 5G, kini hanya tinggal keputusan daripada KPM untuk melakukan pelaksanaan berkenaan.

“Sekolah yang terpilih adalah bergantung kepada cadangan KPM tiada kira di bandar atau luar bandar, manakala pihak kami sudah bersedia untuk memulakan pelan ini pada bila-bila masa sahaja.

“Rangkaian 5G yang diwujudkan di sekolah diharap dapat membantu bukan sahaja pihak pengurusan tetapi proses pembelajaran agar lebih baik sejajar dengan kemajuan teknologi masa kini.

“Segala perancangan ini hanya boleh dilaksanakan selepas mendapat kelulusan KPM kerana sekolah yang ada di seluruh negara adalah di bawah tanggungjawab kementerian terbabit, manakala K-KOMM membantu daripada segi pembangunan komunikasi,” katanya.

BHonline-

Tags: KPMrangkaian 5GSekolahSKMM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Minyak Masak Botol Dijangka Turun 5 Hingga 10 Peratus

Next Post

Anggota Polis URB Parah Dihimpit Kenderaan Penyeludup Diesel

Related Posts

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

16/05/2025
0

KUCHING: Permohonan pertukaran guru boleh dibuat selepas berkhidmat cukup dua tahun tanpa syarat adalah antara enam berita gembira diterima warga...

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

16/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Institut Masa Depan Malaysia (MASA) meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memperhebat usaha memperkukuh profesionalisme perguruan menerusi inovasi pedagogi, penyediaan...

Next Post
Anggota Polis URB Parah Dihimpit Kenderaan Penyeludup Diesel

Anggota Polis URB Parah Dihimpit Kenderaan Penyeludup Diesel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd