• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warisan Sasar Empat Kerusi Parlimen, 20 DUN Di Negeri Sembilan

oleh AK-47
17/06/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Parti Warisan Negeri Sembilan menyasarkan sekurang-kurangnya bertanding empat kerusi Parlimen dan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengerusinya, Datuk Azman Idriz berkata, bagaimanapun pihaknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.

“Buat masa sekarang kita sedang mengenal pasti mana-mana kerusi Parlimen dan DUN yang sesuai untuk ditandingi.

“Kerusi mana yang jadi sasaran sudah ada, tapi ia masih dalam kajian dan pemantauan,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.

Menurutnya, buat masa ini Warisan Negeri Sembilan mempunyai keahlian kira-kira 2,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan usia di 25 cawangan yang telah ditubuhkan.

Jelasnya, pelbagai usaha sedang dilakukan untuk menarik minat masyarakat menyertai Warisan terutama memperbanyakkan aktiviti untuk menarik minat golongan muda.

“Dari pasangan mata rakyat, Warisan ini parti dari Sabah tetapi sebenarnya Warisan ini ditubuhkan di semenanjung dan dibawa ke Sabah untuk bertanding.

“Sebab itu Presiden kita kini bawa parti ini ke semenanjung dan nampaknya sambutan sangat menggalakkan,” katanya.

Beliau yang sebelum ini sebagai pemerhati politik berkata, Warisan tidak bermusuh dengan parti-parti lain dan jika ada berminat untuk bekerjasama, ia akan dibincangkan dalam Majlis Kerja Tertinggi parti.

“Kita yakin parti Warisan di Negeri Sembilan boleh pergi jauh dan kehadirannya boleh memberi pilihan kepada rakyat.

“Kita parti berbilang kaum. Bagi saya rakyat kini banyak pilihan dan Warisan salah satu daripadanya.

“Kita juga mengalu-alukan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat bekerjasama,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: kerusi parlimenNegeri Sembilanwarisan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

01/05/2025
0

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian membabitkan kumpulan 'Ah Kit' menerusi serbuan di sekitar...

117 Ditahan Dalam Serbuan Pusat Pelacuran Di Selangor, Negeri Sembilan

117 Ditahan Dalam Serbuan Pusat Pelacuran Di Selangor, Negeri Sembilan

27/07/2024
0

Putrajaya : Seramai 117 individu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menumpaskan dua sindiket pelacuran warga asing dalam operasi khas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd