• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warisan Perkukuh Kedudukan Di Kawasan Cina

oleh Mohd Arshad
23/06/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Parti Warisan (Warisan) sedang mengatur gerak untuk mengukuhkan lagi kedudukan bagi menarik sokongan masyarakat Cina di negeri ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menerusi Jawatankuasa Cina Negeri Sabah yang baharu ditubuhkan, parti itu akan terus mendekati dan membantu menyelesaikan isu-isu dihadapi masyarakat Cina.

Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong berkata, jawatankuasa itu akan menyokong peringkat bahagian agar dapat menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh masyarakat Cina.

Beliau berkata, sebelum ini, kawasan Cina bukan kekuatan Warisan kerana semasa bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), Warisan tidak banyak bergerak ke kawasan masyarakat Cina.

“Sekarang situasinya sudah berbeza kerana pucuk pimpinan parti telah mengarahkan kita untuk bergerak di setiap kawasan bagi memastikan kita jaga semua masyarakat di Sabah.

“Kawasan yang kita belum cukup kuat, sekarang kita akan perkukuhkan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Warisan, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru itu berkata, jawatankuasa itu akan masuk ke semua kawasan Cina tidak kira sama ada ia berada dalam kawasan mereka mahupun sebaliknya.

Menurut beliau, persoalan mereka akan bersaing dengan PH atau tidak, itu akan ditentukan oleh presiden parti. Sekiranya presiden mahu kerjasama semula dengan PH maka, jawatankuasa itu akan kekal membantu di kawasan Cina.

Walau bagaimanapun, beliau akan menunggu keputusan daripada Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengenai kerjasama atau gabungan yang akan diputuskan kelak bagi berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mengulas lanjut katanya, penerimaan masyarakat Cina terhadap Warisan juga amat baik kerana ia adalah parti berbilang kaum. Maka, menerusi program di bawah jawatankuasa itu, mereka akan membuka penyertaan untuk menjadi ahli Warisan.

Hadir sama ialah ADUN Karamunting, George Hiew; ADUN Tanjung Kapor, Ben Chong; ADUN Elopura Calvin Chong dan ADUN Sri Tanjung, Justin Wong.

-Utusan Online

Tags: Kawasan CinaPerkukuhwarisan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guan Eng Terima Rasuah RM100,000 Dengan Senyuman – Saksi

Next Post

‘Siasat Semula Kes Kematian Bayi Syifaa’ – Che’ Puan Besar Khaleeda

Related Posts

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

06/03/2023
0

KOTA KINABALU: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya sudah menerima kemasukan tujuh Ahli...

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Next Post

'Siasat Semula Kes Kematian Bayi Syifaa' - Che' Puan Besar Khaleeda

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd