• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warisan Heret ADUN Kukusan Ke Mahkamah

oleh Mohd Arshad
06/06/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Parti Warisan (Warisan) akan mengheret Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal ke mahkamah susulan tindakannya keluar daripada parti itu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Naib Presiden Warisan, Datuk Jaujan Sambakong berkata, Rina telah melafazkan sumpah taat setia kepada Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.

Justeru katanya, parti akan mengambil tindakan mahkamah terhadapnya sama seperti tindakan kepada beberapa bekas wakil rakyat Warisan yang keluar dan menyertai parti pemerintah baru-baru ini.

“Kesemua mereka ini sudah terikat dengan peraturan parti ketika melafazkan sumpah taat setia semasa menjadi calon Warisan pada PRN lalu.

“Dalam watikah pelantikan tersebut semua mereka bersetuju untuk menghormati serta akur untuk meletakkan jawatan sekiranya beralih sokongan sekali gus melompat parti selepas PRN lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, ADUN Sulabayan itu turut meminta Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) menghentikan kegiatan ‘menawarkan imbuhan’ kepada wakil rakyat.

Menurut beliau, GRS-BN perlu fokus bagi meningkatkan prasarana pembangunan rakyat selepas diberikan mandat dalam PRN lalu.

Jaujan mendakwa kegiatan itu seolah-olah membelakangkan proses demokrasi sekali gus menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada sistem pilihan raya yang diamalkan di negara ini.

Katanya, tindakan memberi tekanan kepada wakil rakyat terutama pembangkang dengan menawarkan imbuhan bagi terus mengekalkan kuasa adalah perkara sangat menjijikkan.

“Kegiatan ini seolah-olah trend untuk mengekalkan kuasa. Sasaran mereka adalah kepada wakil rakyat yang mengalami masalah kewangan sehingga lupa kepada tanggungjawab utama ketika mandat diberikan rakyat dalam PRN lalu.

“Tindakan ini umpama ‘harga ayam naik tapi, harga diri wakil rakyat turun’. Mereka langsung tidak menghormati mandat rakyat melalui sistem pilihan raya di negara ini,” katanya.

Jelas beliau, jika betul mereka ingin berjuang demi rakyat maka, jadilah ADUN Bebas tanpa menyertai mana-mana pihak.

-Utusan Online

Tags: ADUN Kukusanmahkamahwarisan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penjawat Awam Maut Dirempuh Pemandu Dipercayai Mabuk

Next Post

Geng Fahmy Tumpas

Related Posts

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

29/11/2024
0

TAWAU - Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini...

Next Post

Geng Fahmy Tumpas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd