• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujian RT-PCR COVID-19 Percuma Di Fasiliti KKM

oleh Mohd Arshad
02/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ujian saringan RT-PCR COVID-19 bagi bakal jemaah haji di fasiliti Kementerian Kesihatan akan diberikan percuma.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata bakal jemaah yang membuat ujian saringan itu di fasiliti swasta pula perlu menanggung kosnya sendiri.

Katanya, kerajaan Arab Saudi menetapkan prosedur pencegahan dan pengawalan penyakit yang ketat susulan pandemik COVID-19.

Justeru, katanya, Arab Saudi menetapkan bahawa semua jemaah Haji perlu disahkan negatif COVID-19 menerusi ujian RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum ketibaan di Tanah Suci.

“Dengan ini, bakal jemaah yang mendapatkan ujian pengesahan di fasiliti KKM terpilih akan menjalaninya secara percuma.

“Bagi bakal jemaah Haji yang memilih untuk menjalani ujian RT-PCR COVID-19 di fasiliti kesihatan swasta, kos ujian itu perlu ditanggung sepenuhnya oleh jemaah mengikut caj yang dikenakan di fasiliti terpilih itu,” katanya.

April lalu, Arab Saudi menetapkan kuota haji seramai satu juta bagi musim 2022 yang mana 85 peratus daripadanya untuk jemaah luar.

Jumlah itu memperlihatkan kuota haji Malaysia tahun 2022 adalah 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima.

Mengulas lanjut, Khairy berkata jemaah Haji boleh menghubungi Pejabat Kesihatan atau Pejabat Tabung Haji di daerah masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara itu termasuklah senarai fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR).

BHonline-

Tags: jemaah hajiKKMRT-PCR COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd