• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Jemaah Haji Kumpulan Pertama Positif Covid-19

oleh AK-47
04/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sepang : Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan tiga daripada 298 jemaah haji kumpulan pertama ke Tanah Suci bagi musim 1443H/2022 disahkan positif Covid-19.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, individu yang disahkan positif terbabit sudah memaklumkan keputusan ujian saringan RT-PCR Covid-19 kepada TH lebih awal.

“Kerajaan Arab Saudi sudah tetapkan jemaah yang ujian PCR negatif saja dibenarkan menunaikan fardu haji, begitu juga syarikat penerbangan.

“Untuk penerbangan pertama ini, kita dapati tiga jemaah haji positif Covid-19. TH menasihatkan mereka supaya melalui proses atau prosedur ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mereka perlu menjalani proses kuarantin dan selepas itu bila tiada lagi apa-apa simptom, mereka boleh dapatkan nasihat pihak hospital atau doktor dan buat PCR sekali lagi.

“Kalau ujian PCR mereka negatif dan penerbangan masih ada, TH akan cuba sedaya upaya mendapatkan tempat untuk mereka menunaikan haji,” katanya kepada media selepas majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini, hari ini.

Syed Saleh berkata, TH mengharapkan bakal jemaah haji bagi penerbangan seterusnya juga turut teliti daripada segi mengambil ujian PCR Covid-19.

“Dalam tempoh 56 jam sebelum melapor diri di stesen berlepas, jika ada jemaah yang positif hendaklah segera memaklumkan TH supaya kami dapat membuat perancangan seterusnya,” katanya.

Ditanya apa yang perlu dilakukan jika salah seorang daripada pasangan jemaah positif Covid-19, beliau berkata, itu terpulang kepada pasangan terbabit sama ada salah seorang mahu meneruskan perjalanan atau menunggu pasangannya sembuh.

“Jika pasangan yang negatif mahu meneruskan dulu perjalanan atau menunggu untuk penerbangan bersama apabila pasangan mereka sudah disahkan negatif, itu terpulang kepada mereka.

“Kalau pergi berasingan akan ditempatkan di hotel yang berasingan, jadi itu mungkin akan menimbulkan sedikit kerumitan semasa berada di sana,” katanya yang turut memaklumkan penerbangan terakhir jemaah ke Tanah Suci pada 3 Julai depan.

-Harian Metro

Tags: Covid-19Hajijemaah hajiJemaah Haji Kumpulan Pertamapositif covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd