• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terlibat Rasuah Vaksin Covid-19, Menteri Kesihatan Kyrgyzstan Dipenjara

oleh Mohd Arshad
03/06/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BISHKEK: Menteri Kesihatan Kyrgyzstan yang mencadangkan penggunaan akar beracun bagi rawatan Covid-19 dipenjara susulan kes rasuah yang dikaitkan dengan pembelian vaksin koronavirus.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Alymkadyr Beishenaliyev sebelum ini dikecam selepas mengajak orang ramai supaya mengambil sejenis ubatan buatan sendiri yang menggunakan akar beracun untuk mengubati jangkitan Covid-19 dan penyakit lain.

Malah, beliau turut mencadangkan ubatan dalam bentuk cecair itu digunakan di hospital di negara ini.

Menurut pendakwa raya, Beishenaliyev terlibat dalam pembelian lebih dua juta dos vaksin Covid-19 melebihi keperluan negara.

Menteri itu dituduh menyeleweng perbelanjaan untuk pembelian vaksin tersebut sebanyak AS$19 juta (RM83 juta).

“Walaupun negara ini vaksin Covid-19 percuma dari China, Russia, Azerbaijan, Kazakhstan dan organisasi antarabangsa, pada 2021, sebanyak 2,460,000 dos vaksin lagi diterima daripada sejumlah syarikat asing yang tidak dapat dikenal pasti,” menurut kenyataan pendakwa raya.

Beishenaliyev sebelum ini turut didesak meletak jawatan kerana dituduh sering membuli petugas di kementeriannya, termasuk melakukan serangan seksual.

UtusanOnline-

Tags: Menteri Kesihatan Kyrgyzstanrasuahvaksin covid-19
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd