• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Sempat Azan Zohor, Bilal Maut Kemalangan

oleh Mohd Arshad
06/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Kinabalu : Seorang bilal di Masjid Al-Falah, Kepayan, di sini, disahkan meninggal dunia selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung setinggi tujuh meter, di perkarangan masjid berkenaan, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 73 tahun terbabit disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Timbalan Ketua Polis Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Restoran Maimunah, Kepayan menuju ke Masjid Al-Falah untuk tugas bilal, bagi solat Zohor.

Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sehingga menyebabkan kenderaannya terus masuk ke kawasan gaung.

“Kenderaan mangsa terbabas jatuh ke dalam gaung sedalam 7 meter dan terbalik sebelum berhenti sepenuhnya.

“Akibat daripada kemalangan itu, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

George berkata, mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital QE1 oleh Ambulan EMRS Jabatan Bomba untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, pihak Jabatan Kecemasan dan Trauma HQE1 kemudiannya mengesahkan mangsa meninggal dunia di Zon Merah pada jam 2 petang tadi.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-Harian Metro

Tags: bilalkemalanganmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd