• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Maut Motosikal Terbabas

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT : Sepasang suami isteri Orang Asli maut motosikal yang ditunggang mereka hilang kawalan dan terbabas di Kilometer (KM) 11.5 Jalan Banting – Dengkil, pagi semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.05 pagi itu, kedua-dua mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dikatakan melanggar papan tanda selepas hilang kawalan ketika dalam perjalanan dari arah Dengkil menuju ke Banting.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata, pasangan berusia 16 tahun dan 21 tahun itu disahkan maut di tempat kejadian.

“Penunggang motorsikal iaitu lelaki berumur 21 tahun manakala pembonceng berumur 16 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau meminta saksi yang melihat kemalangan atau mempunyai maklumat kejadian menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621.

Saksi juga boleh terus menghubungi pejabat Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222.

-Utusan Online

Tags: mautmotosikalSuami Isteriterbabas
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

02/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memperluaskan jenamanya dalam industri automotif menerusi JDT Lubricants yang menawarkan...

Akmal Saleh Hampir Cukup Wang Bayar Saman Teresa Kok, Berjaya Jual Motosikal Dan Ikan RM180,000

Akmal Saleh Hampir Cukup Wang Bayar Saman Teresa Kok, Berjaya Jual Motosikal Dan Ikan RM180,000

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan beliau kini hampir mempunyai wang mencukupi untuk membayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd