• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Tawar Lesen Memandu Dalam Talian Dikesan

oleh AK-47
14/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengesan sindiket mendapatkan lesen memandu secara mudah menerusi media sosial tanpa perlu menghadiri kelas belajar memandu dan ujian penilaian JPJ.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kegiatan itu terbongkar susulan penahanan seorang pelajar institusi pengajian tinggi di negeri itu dalam sekatan jalan raya di Jalan Penjara di sini, Jumaat lalu.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, berkata sekatan jalan raya sekitar jam 12 tengah hari itu adalah operasi khas dilaksanakan oleh Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB).

“Dalam sekatan berkenaan, pelajar lelaki yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) milik abangnya di laluan itu ditahan untuk pemeriksaan.

“Walaupun mengemukakan lesen memandunya, pemeriksaan JPJ mendapati tiada maklumat butiran dirinya dalam data sistem MySikap JPJ.

“Siasatan mendapati pelajar berusia awal 20-an itu mengakui mendapat lesen memandu itu di Melaka menerusi promosi iklan di laman sosial Facebook (FB) dengan harga RM600 bagi kelas B2 dan D tanpa perlu menghadiri kelas memandu di sekolah memandu dan ujian penilaian JPJ.

“Pelajar berkenaan mendakwa tidak mengetahui lesen memandu diperoleh adalah palsu kerana memperoleh secara dalam talian menggunakan pautan diberi sindiket dalam laman sosial itu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, hari ini.

Katanya, JPJ mengeluarkan saman mengikut Seksyen 108(5) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000 serta boleh dipenjara tidak kurang satu tahun sehingga lima tahun.

“Berdasarkan pemantauan dan siasatan awal, Fatimah berkata, sindiket itu menyasarkan pelajar atau remaja yang sudah mencapai usia untuk memiliki lesen memandu.

“Tawaran diberi termasuk menawarkan harga lebih rendah bagi mendapatkan lesen, berbanding menerusi pembelajaran di sekolah dan institut memandu.

“Malah, tawaran pembelian lesen palsu yang diiklankan dalam FB atau Instagram (IG) juga berlaku dalam tempoh singkat menerusi pautan URL yang diberi dan segala pendaftaran untuk lesen apa juga kelas kenderaan turut diwujudkan,” katanya.

Beliau berkata, sindiket itu turut mengubah nombor telefon bagi mengelak daripada dikesan.

BHonline-

Tags: DikesanJPJSindiket Tawar Lesen Memandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

21/08/2025
0

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 38 kenderaan mewah pelbagai jenama kebanyakan milik golongan kenamaan, termasuk bergelar Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd