• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang DUN: Projek LRT Bayan Lepas Di Peringkat Proses Prakelayakan

oleh AK-47
03/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Projek transit aliran ringan (LRT) Bayan Lepas kini dalam peringkat untuk memulakan proses prakelayakan mengenal pasti syarikat-syarikat yang berminat dan berkelayakan bagi komponen projek berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari berkata, proses itu dijangka dilaksanakan pada suku kedua tahun ini disusuli proses Request For Proposal (RFP) dalam suku ketiga.

Menurutnya, kerajaan negeri akan mempelawa syarikat yang berminat dan berpengalaman untuk mengemukakan cadangan mereka.

“Kerajaan negeri akan melantik syarikat yang paling layak dan sesuai untuk melaksanakan komponen ini.

Selain cadangan dari segi teknikal, syarikat yang menyertai RFP juga dikehendaki mencadangkan model pembiayaan bagi melaksanakan komponen LRT.

“Sebagai contoh, pembida boleh mencadangkan kaedah pembayaran balik seperti hak pembangunan, pertukaran tanah, hasil pengiklanan dan pendapatan farebox (tambang),” katanya dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-14, pada Jumaat.

Zairil (DAP-Tanjung Bungah) berkata demikian ketika menjawab soalan A Kumaresan (PKR-Batu Uban) mengenai status terkini projek LRT Bayan Lepas.

Beliau menambah, selain menggunakan proses RFP untuk mendapatkan cadangan dan model pembiayaan, kerajaan negeri juga meneruskan usaha memohon peruntukan daripada kerajaan Persekutuan melalui ‘Rolling Plan’ Ke-3 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi membolehkan Pulau Pinang menjayakan projek itu dalam usaha mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

“Setakat ini, projek LRT Bayan Lepas mendapat kelulusan dari agensi-agensi teknikal utama antaranya Jabatan Alam Sekitar, PLANMalaysia dan kini sedang dalam proses mengemukakan laporan kajian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi jajaran LRT di atas Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR).

“Ia termasuk depot LRT di Pulau A, PSR yang mana, depot ini merupakan komponen utama bagi LRT Bayan Lepas. Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan mengemukakan kelulusan muktamad bagi Skim Rel LRT Bayan Lepas selepas kelulusan EIA ini diperolehi,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Kumaresan mengenai tindakan kerajaan negeri sekiranya kerajaan Persekutuan menolak permohonan peruntukan projek berkenaan, Zairil berkata, kerajaan negeri tidak bergantung 100 peratus kepada permohonan tersebut.

“Kita sudah membuat permohonan pembiayaan tersebut sudah lama tapi belum dapat lagi, namun, perancangan kerajaan negeri tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan Persekutuan.

“Oleh demikian, kerajaan negeri akan membuat RFP pada tahun ini yang mana kita menjemput syarikat-syarikat untuk mencadangkan model pembiayaan yang lain. Kerajaan negeri akan teruskan rancangan ini mengikut apa yang ada,” katanya.

PSR merupakan projek tiga pulau buatan manusia dengan berkeluasan 1,821 hektar dan ia sebagai perjanjian pertukaran tanah untuk membiayai cadangan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion.

Pada Jun 2019, Jabatan Alam Sekitar meluluskan projek PSR dengan 72 syarat kepada Kerajaan Pulau Pinang.

Projek mega bernilai berbilion ringgit itu merangkumi LRT, monorel dan tiga buah lebuh raya yang dijadualkan siap pada tahun 2050.

-Sinar Harian

Tags: Projek LRT Bayan LepasProses PrakelayakanSIdang DUN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MOU K’jaan Dan PH Tiada Tarikh Tamat – Annuar

Next Post

Harga Kereta Dijangka Naik 10 Peratus Bulan Depan

Related Posts

Sabah Akan Bentang RUU Antilompat Parti Pada Sidang DUN

Sabah Akan Bentang RUU Antilompat Parti Pada Sidang DUN

21/05/2023
0

Kerajaan Sabah akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama empat hari bermula...

[Sidang DUN] Bomoh, Sihir, Pengkid Diwarta Jenayah Syariah Di Terengganu

[Sidang DUN] Bomoh, Sihir, Pengkid Diwarta Jenayah Syariah Di Terengganu

01/12/2022
0

KUALA TERENGGANU : Amalan perbomohan dan sihir merupakan antara empat seksyen baharu yang diwujudkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)...

Next Post

Harga Kereta Dijangka Naik 10 Peratus Bulan Depan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd