• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

oleh Mohd Arshad
28/06/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan FELDA dengan pengumuman Mesyuarat Agung FGV untuk menaikkan elaun Pengerusi FGV sebanyak RM 15,000 sebulan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Namun tohmahan ini menyimpang apabila Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan Portal Berita Pro PH cuba mengelirukan rakyat dan peneroka FELDA kononnya Elaun Pengerusi FELDA dinaikkan.

Walhal FELDA adalah Badan yang menjaga FELDA dan Peneroka sedangkan FGV adalah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham.

 

Apa Motif PH Menyerang FGV?

Kalau kita lihat, elaun Pengerusi dan BOD FGV tidak pernah dinaikkan sejak 10 tahun lalu.

Dan kenaikan elaun ini adalah untuk kenderaan yang digunakan bagi urusan pengerusi FGV. Faktanya, elaun sebenar Pengerusi FGV telah berkurang dari 70k kepada 40k kerana bayaran elaun kereta ditukar menjadi Fi Pengerusi FGV

FGV merupakan antara syarikat terbesar yang mempunyai modal yang tinggi. Sejak PH ambil alih kerajaan pada 2018, boleh dilihat prestasi FGV menurun. Berikut prestasi kewangan FGV

2017 : Untung Bersih 130.928 Juta
2018 : Rugi Bersih 1.080 Billion
2019 : Rugi Bersih 242 Juta
2020 : Untung Bersih 150.02 Juta
2021 : Untung Bersuh 1.175 Billion

* FGV kembali mendapat keuntungan luar biasa setelah alami kerugian pada tahun 2018 & 2019 semasa zaman pentadbiran PH.

Kalau dilihat, FGV tiba-tiba rugi dizaman pemerintahan PH dan Taikon besar yang semua tahu rapat dengan pemimpin PH iaitu Syed Mokhtar Al Bukhari menyatakan hasrat untuk mengambil alih dan memiliki FGV yang merupakan aset penting FELDA sendiri.

Malah, kerajaan PH ketika itu menyatakan hasrat kemungkinan untuk menjual FGV kepada Syed Mokhtar.

Kalau benar FGV ini syarikat yang terus dan tak menguntungkan, mengapa Taikon besar ini ingin membeli aset utama FELDA ini?

Mungkin pemegang saham FGV rasa rugi melihat kenaikan elaun 15 ribu sebulan pengerusi FGV ini, tapi bayangkan jika FGV dijual seperti hasrat PH, rakyat dan peneroka rugi Billion ringgit.

Mengapa ketika itu pemimpin-pemimpin PH berdiam diri sahaja dan tidak mengamuk seperti hari ini?

Adakah ini hanyalah langkah untuk memburuk-burukkan FGV dan FELDA serta tindakan untuk menganaktirikan FELDA seperti yang dilakukan oleh PH?

Tindakan ini hanyalah propaganda politik yang dimainkan untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap FELDA dan FGV yang kini kembali pulih dengan keuntungan hingga 8 kali ganda berbanding zaman PH.

Semoga FGV kembali pulih dan menjadi penyumbang utama kepada hasil FELDA dan FELDA kekal menjadi pemilik saham majoriti FGV.

-Mynewshub

Tags: AgendaFeldaFGVPH
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penahanan Sanjeevan Bawah POCA Tidak Sah, Langgar Perlembagaan

Next Post

Bapa Baby Syifaa Tidak Dibenarkan Buat Kenyataan Di Media Sosial

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Tiada Kuota Untuk Lantikan Jawatan PH Sabah

Tiada Kuota Untuk Lantikan Jawatan PH Sabah

25/12/2024
0

PENAMPANG - Tiada sebarang kuota bagi lantikan jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah dan pemilihannya dilaksanakan secara demokrasi. IKUTI CHANNEL...

Next Post
Bapa Baby Syifaa Tidak Dibenarkan Buat Kenyataan Di Media Sosial

Bapa Baby Syifaa Tidak Dibenarkan Buat Kenyataan Di Media Sosial

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd