• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seleweng Dana: SPRM Akan Ambil Keterangan Exco Kedah

oleh AK-47
28/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Seleweng Dana: SPRM Akan Ambil Keterangan Exco Kedah
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan daripada Exco Kedah berhubung dakwaan penyelewengan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi di negeri ini dalam tempoh terdekat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, pihaknya telah melakukan siasatan atas dakwaan satu kes melibatkan penyelewengan dana.

Menurut beliau, pihaknya sedang melengkapkan siasatan mengenai dakwaan tersebut dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

“Kita telah jalankan siasatan dan di peringkat akhir selepas kita susun fail itu, kita akan kemukakan terus kepada TPR untuk keputusan tindakan apa yang sesuai diambil.

“Belum lagi (panggil Exco beri keterangan). Kita tidak panggil (gelar) suspek, tetapi individu yang ditohmah itu, kita akan panggil,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas perkembangan siasatan kes melibatkan penyelewengan dana dikaitkan dengan seorang Exco Kedah.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Kedah Corruption Ride 2022 SPRM Kedah di Pejabat SPRM Kedah di sini pada Selasa.

Beliau menjelaskan tarikh Exco Kedah dipanggil untuk beri keterangan belum ditentukan, bagaimanapun ia akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

“Kita ada banyak tindakan boleh dicadangkan kepada TPR. Jikalau positif kita akan dakwa. Sekiranya, tidak ada apa-apa, mungkin kita akan kemas kini peraturan dan mencadangkan untuk kemas kini peraturan yang ada,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM Kedah mengesahkan sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi yang dikaitkan dengan seorang Exco Kedah.

Bagaimanapun, ia masih di peringkat awal siasatan dan siasatan lanjut akan dilakukan sekiranya didapati wujud unsur kesalahan bawah undang-undang berkaitan.

Setakat ini, tiada laporan atau aduan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kes berkenaan termasuk daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris yang mendedahkan isu terbabit di laman Facebook miliknya.

Pada 16 Jun lepas, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan kerajaan negeri menyerahkan kepada SPRM bagi menyiasat dakwaan yang dikaitkan dengan seorang Exco Kedah.

-Sinar Harian

Tags: Exco Kedahketeranganseleweng danaSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd