• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Russia Henti Salur Bekalan Gas Kepada Shell

oleh Mohd Arshad
02/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BRUSSELS, BELGIUM – Tindakan firma tenaga dari Russia, Gazprom menamatkan penyaluran gas kepada gergasi minyak dan gas, Shell dijamin tidak akan menjejaskan bekalan di blok Eropah, lapor Badan Penyiaran British (BBC), semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Shell berikrar akan memastikan bekalan gas terus dibekalkan kepada para pelanggannya dengan mencari sumber gas dan minyak alternatif lain.

Menerusi satu kenyataan daripada syarikat itu, ia berkata akan akan terus mendapatkan bekalan gas dari sumber-sumber lain selain menghapuskan penggunaan bahan api fosil Russia secara berperingkat.

Tambah syarikat itu, punca penamatan penyaluran gas dari Gazprom adalah disebabkan Shell tidak bersetuju dengan terma-terma pembayaran baharu yang ditetapkan.

Antara arahan baharu yang ditetapkan adalah kewajipan membuka akaun bank Russia dan menjalankan urus niaga dalam mata wang Ruble.

“Kami akan terus membekalkan para pelanggan di Eropah menerusi pelbagai portfolio syarikat dalam bekalan gas.

“Shell juga akan terus menghapuskan penggunaan hidrokarbon dari Russia secara berperingkat, sejajar dengan undang-undang serta peraturan berkaitan,” tulis kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Gazprom memberitahu bahawa ia juga akan menghentikan bekalan gas kepada syarikat Denmark, Orsted bagi kontrak untuk membekalkan gas ke Jerman selepas kedua-duanya enggan membayar dalam mata wang Ruble.

Langkah yang dilaksanakan Gazprom itu diambil selepas para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) memaklumkan bahawa ia akan menyekat sehingga 90 peratus import minyak dari Russia menjelang hujung tahun ini.

Ia adalah satu lagi bentuk ‘hukuman’ EU terhadap pencerobohan Kremlin ke atas Ukraine yang sudah memasuki bulan keempat.

Bagi membalas sekatan yang dikenakan oleh Barat, Russia telah menyekat bekalan gas ke Poland, Bulgaria, Finland dan Belanda.

Rantau Eropah mendapatkan kira-kira 40 peratus daripada gas asli dari Russia yang juga merupakan pembekal minyak utama blok tersebut.

Bagaimanapun, terdapat beberapa negara blok itu yang sangat bergantung kepada bahan api fosil Moscow berbanding negara lain.

Ini membuatkan langkah sekatan penuh boleh mencetuskan impak ekonomi yang besar dan mungkin akan berlaku dalam masa terdekat.

Kosmo-

Tags: Bekalan GasEropahRusiaShell
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd