• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayuan Tambah Kuota Haji: Kita Dah Cuba, Kata Idris

oleh AK-47
14/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia terus berharap akan ada sinar buat negara ini untuk menghantar lebih ramai jemaah haji selepas membuat rayuan kepada Riyadh.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad berkata sehingga kini memang belum ada sebarang perkembangan dimaklumkan pihak kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan tersebut.

“Kita dah cuba, kita harapkan yang terbaik daripada mereka,” katanya ringkas hari ini.

Naib Presiden PAS itu ditemui pada sidang media selepas dia menghadiri Multaqa Murabbi Ummah peringkat Pahang di Kuantan, hari ini.

Program dihadiri kira-kira 500 imam, guru takmir, guru pondok dan tahfiz serta penyelia Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) itu dirasmikan Exco Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Pada April lalu Idris mengumumkan Riyadh memperuntukkan kuota seramai 14,306 orang jemaah dari Malaysia dan ia adalah lebih rendah berbanding kadar yang lazim diberikan kerajaan terbabit.

Kata Idris peratusan yang kecil itu terpakai kepada semua negara.

Pada 16 Mei pula Idris memberitahu kerajaan mengemukakan rayuan untuk mendapatkan kuota tambahan sebanyak 5,000 jemaah lagi bagi Malaysia untuk menunaikan haji pada musim ini.

Untuk rekod jemaah haji Malaysia sudah mula diterbangkan sejak 31 Mei lalu, manakala penerbangan terakhir ke Tanah Suci ialah pada 2 Julai ini.

Sementara itu Idris yang juga ahli Dewan Negara memberitahu PAS menolak konsep ‘khemah besar’ kerana parti itu sentiasa mengutamakan penyatuan ummah sebagai agenda utama.

“Kita ini kalau ramai saja tapi berpecah, maka kita tidak ada kekuatan. Sebab itu kita tolak (khemah besar). Yang kita nak ialah penyatuan dalam kalangan orang Islam, orang bumiputera dan kalangan orang bukan Islam,” katanya.

Idris juga menyatakan Muafakat Nasional (MN) masih wujud dan “berjalan seperti biasa” walaupun perbincangan membabitkan PAS dan Umno berlangsung hanya secara tidak formal.

“(MN) masih berjalan macam biasa, ada perbincangan secara tidak formal kerana kita tahu kalau kita berpecah, kita kalah,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Hajikuota hajiRayuan Tambah Kuota Haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Skandal MARA Corp: SPRM Sudah Cadang Nama Dituduh, Tiada Makluman Kes Gugur

Next Post

Lebih 91% Bicara Kes Rasuah SPRM Disabit Bersalah

Related Posts

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

29/05/2025
0

MAKKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji...

Pengeluaran Akaun 1 KWSP Tak Dibenarkan Walaupun Untuk Haji

Pengeluaran Akaun 1 KWSP Tak Dibenarkan Walaupun Untuk Haji

28/10/2024
0

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak membenarkan sebarang pengeluaran daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk tujuan menunaikan haji bagi...

Next Post

Lebih 91% Bicara Kes Rasuah SPRM Disabit Bersalah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd