• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Syak Syed Saddiq Subahat Kes Wang Hilang

oleh AK-47
23/06/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu polis mengesyaki Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama dua lain bersubahat dalam kes wang RM250,000 yang hilang dari kediamannya dekat Petaling Jaya, Selangor.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Asisten Superintendan (ASP) Ahmad Marzuqi Ibrahim yang juga pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, dalam pernyataan bertulisnya berkata siasatannya berhubung kehilangan wang dalam peti besi itu menjurus kepada Syed Saddiq, Siti Nurul Hidayah dan Lim Hooi Sean.

Laporan Forensik Dedah Sumber Wang Syed Saddiq

Katanya, ia kerana hanya mereka bertiga yang tahu kata laluan peti besi berkenaan dan hanya terdapat cap jari Syed Saddiq di almari dan juga di kawasan peti besi.

“Saya mengesyaki ketiga-tiga mereka terbabit ataupun bersubahat di dalam kes kehilangan wang tersebut.

“Saya mengesahkan bahawa pada masa itu saya memberikan surat untuk mendapatkan maklumat di Bank Negara, bagaimanapun, sehingga kini tidak mendapat apa-apa maklum balas,” katanya.

Ahmad Marzuqi, berkata beliau mendapati tiada kesan umpilan pada peti besi berkenaan dan tiada kesan pencerobohan di bilik Syed Saddiq.

Katanya, beliau tidak lakukan seberang pengesahan atau siasatan bagaimana Syed Saddiq perolehi wang berkenaan kerana siasatan adalah mengikut seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu kecurian dalam bangunan.

“Tambahan pula Syed Saddiq mengesahkan bahawa wang yang hilang adalah simpanan beliau dan kedua ibu-bapanya.

“Saya mengesahkan Syed Saddiq tidak pernah memberitahu bahawa wang yang hilang terbabit adalah wang campuran politik,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Marzuqi, dalam pernyataan saksinya, berkata terdapat satu tangkapan awal dibuat bagi kes berkenaan iaitu ke atas pembantu rumah Syed Saddiq.

Katanya, tangkapan dibuat pada 30 April sehingga 14 Mei 2020.

“Beliau kemudian dibebaskan daripada siasatan kerana tiada keterangan dan bukti yang mengaitkan suspek di dalam kes ini,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini, pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebat dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini, antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan denda.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, Syed Saddiq berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung 4 Julai ini.

-Berita Harian

Tags: Kes Wang HilangpolissubahatSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kementerian Tak Keluarkan ‘Ranking’ Sekolah

Next Post

MGRC Tawar Penjagaan Holistik Buah Pinggang

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post

MGRC Tawar Penjagaan Holistik Buah Pinggang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd