• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Jamin Malaysia, Arab Saudi Terus Perkukuh Hubungan Dua Hala

oleh AK-47
12/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Perdana Menteri memberi jaminan negara akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan ekonomi melibatkan perdagangan serta pelaburan dengan Arab Saudi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu merupakan antara isu yang dibincang dengan Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal Farhan yang mengunjungi pejabat beliau baru-baru ini.

“Kedua-dua pihak bersetuju meningkatkan lagi tahap kerjasama dua hala dengan menubuhkan Majlis Koordinasi Arab Saudi-Malaysia (SMCC).

“Kami membincangkan usaha untuk mengaktifkan semula inisiatif penubuhan Majlis Perniagaan Arab Saudi-Malaysia dalam masa terdekat.

“Kami juga membincangkan isu-isu lain seperti kuota haji, pendidikan, pelancongan dan lain-lain,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Awal Jun lalu, Putera Faisal mengadakan lawatan sulung rasmi selama dua hari bagi terus merangka hala tuju hubungan Malaysia-Arab Saudi yang sedia kukuh sejak sekian lama lagi.

Negara Islam terbesar Asia Barat itu merupakan rakan perdagangan kedua terbesar Malaysia dan juga sumber import paling besar dalam kalangan negara-negara dari rantau berkenaan.

Jumlah dagangan Malaysia dan Arab Saudi sepanjang tahun lalu bernilai RM17.56 bilion di sebalik pelbagai cabaran semasa penularan pandemik yang masih lagi berlaku ketika itu.

UtusanOnline-

Tags: Arab Saudihubungan dua halaIsmail Sabri Yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan...

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

10/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, berkemungkinan nombor akaun peribadi Ambank miliknya dikongsi oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd