• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perancis Mohon MLA Berkaitan Isu Rasuah MRT, LRT

oleh AK-47
02/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak berkuasa Perancis membuat permohonan Mutual Legal Assistance (MLA) di Jabatan Peguam Negara berkaitan isu rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam melibatkan Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata ia berkaitan dengan isu LRT dan MRT yang terdahulu dan bukannya sekarang.

Beliau berkata pihak Perancis menyiasat pihak tertentu termasuk syarikat tertentu di Malaysia dan negara mereka yang tajuknya berkaitan Foreign Corrupt Practice by Public Official.

“Jadi, nama-nama berkaitan tidak boleh saya dedahkan dan kita juga sedang meneliti permohonan mereka dan harus diingat, sebarang bantuan keterangan yang kita berikan kepada negara seperti Perancis ini atau mana-mana negara lain ialah melalui Jabatan Peguam Negara (AGC).

“SPRM sedang berbincang dengan AGC bagi meneliti apakah yang boleh SPRM bekalkan dan beri bantuan kepada mereka bukan semua permohonan mereka akan kami penuhi. Jadi kami tengok yang mana kami boleh bantu, kami akan bantu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemantapan Wartawan Bersama SPRM di Putrajaya hari ini.

Selain itu, beliau berkata mereka juga perlu membantu SPRM dan beri kerjasama sekiranya terdapat apa-apa jua permohonan SPRM kepada Perancis berikutan siasatan telah bermula lebih awal lagi oleh SPRM sejak Mac lalu.

“Skop siasatan SPRM adalah berkaitan dengan isu rasuah yang telah pun berlaku yang dibayar kepada pihak tertentu…. dan ini menjadi tumpuan kami dan setakat ini kami telah membuka dua kertas siasatan (berhubung isu rasuah berkaitan MRT dan LRT),” katanya.

Pada Isnin lepas, syarikat pengoperasi pengangkutan awam, Prasarana Malaysia memandang serius laporan media yang memetik sumber dan mendakwa ada elemen pemberian rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam.

Prasarana dalam kenyataannya memaklumkan projek terlibat membabitkan MRT dan LRT.

Pada Selasa lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk disiasat berhubung dakwaan terdapat elemen pemberian rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam membabitkan MRT.

-Malaysia Kini

Tags: Kes Rasuah MRT LRTLRTMLAMRTPerancisrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd