• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Had Pembelian Minyak Masak Paket

oleh AK-47
23/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Bekalan minyak masak botol masih boleh diperoleh di pasaran, namun sudah ada pasar raya mengehadkan pembelian kepada hanya tiga botol bagi setiap keluarga.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Tinjauan BH di pasar raya sekitar ibu negara hari ini, mendapati masih ada stok minyak masak botol dijual pada harga antara RM6.70 hingga RM 29.70 bagi isupadu satu hingga lima kilogram (kg) untuk beberapa jenama seperti Saji, Buruh, Seri Murni dan Alif.

Beberapa pengguna yang ditemui berharap kerajaan mengkaji semula keputusan menghapuskan subsidi bagi minyak masak botol mulai 1 Julai nanti.

Seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Ana, 72, berkata pemansuhan subsidi minyak botol pasti memberi kesan kepada orang ramai, terutama yang berpendapatan sederhana dan rendah.

“Bagi golongan berkenaan, mereka pasti terkesan. Ia tidak sama dengan rakyat yang mempunyai gaji tinggi. Kalau boleh, saya harap kerajaan dapat melanjutkan subsidi ini sebab kalau dimansuhkan, maka saya kena belanja lebih sedikit,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Teoh Bee Kim, 63, berkata subsidi barangan tertentu yang bakal dimansuhkan kelak dikhuatiri menambah beban kewangan kepada warga kota serta bandar.

Di Kuala Terengganu, minyak masak paket 1kg dijangka mendapat permintaan tinggi pengguna selepas subsidi minyak masak botol dimansuhkan, yang dikhuatiri menyebabkan stok tidak mencukupi di pasaran.

Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar bandar mendapati orang ramai memilih membeli minyak masak paket berikutan harganya jauh lebih rendah iaitu RM2.50 1kg berbanding minyak botol berharga lebih RM12 untuk 2kg, bergantung kepada jenama.

Bagi memastikan stok minyak berkenaan mencukupi, pembelian terpaksa dihadkan tidak lebih tiga paket bagi setiap pengguna.

Pengurus Sabasun HyperRunchit Sdn Bhd, Mohd Azuan Sa’ad berkata, setakat ini pihaknya tidak menghadapi masalah bekalan minyak masak botol atau paket, namun menjangkakan permintaan terhadap minyak masak botol akan berkurangan selepas 1 Julai nanti.

“Saya percaya bermula Julai nanti, stok minyak paket tidak akan mencukupi untuk keperluan pengguna. Sekarang setiap minggu, kami terima bekalan minyak masak paket sebanyak 150 kotak di mana setiap kotak mengandungi 17 paket.

“Namun, bekalan itu adakalanya tidak mencukupi untuk tempoh seminggu dan kami terpaksa mengehadkan setiap pengguna hanya dibenarkan membeli tiga paket untuk setiap pembelian. Bermula Julai nanti, mungkin terpaksa hadkan lagi kuantiti pembelian,” katanya.

BHonline-

Tags: bekalan minyak masakHad Pembelianminyak masak paket
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Serbu Kedai Enggan Jual Minyak Masak Peket

KPDN Serbu Kedai Enggan Jual Minyak Masak Peket

04/12/2023
0

IPOH: Tindakan seorang peniaga enggan menjual minyak masak peket kepada pembeli mengundang padah apabila kedai runcitnya diserbu penguatkuasa Kementerian Perdagangan...

Subsidi Minyak Masak Paket 1KG Dikekalkan

22/06/2022
0

PETALING JAYA – Pemberian subsidi bagi minyak masak jenis paket dengan isi padu satu kilogram akan diteruskan kerajaan dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd