• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembinaan ECRL: Lebuhraya KLK Laluan Lentang Ditutup Malam Ini

oleh AK-47
27/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pembinaan ECRL: Lebuhraya KLK Laluan Lentang Ditutup Malam Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1), ANIH Berhad akan menutup sebahagian Lebuhraya KLK selama 30 minit bermula 11 malam ini bagi memudahkan kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi memaklumkan, laluan di kedua-dua arah Lebuhraya KLK akan ditutup sepenuhnya dari Km 55.35 hingga Km 55.85 (Lentang) bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Selepas 11.30 malam, beliau berkata hanya laluan lorong kiri akan dibuka di kedua-dua arah kepada pengguna dan pihaknya menjangkakan laluan dibuka sepenuhnya di semua arah pada 5 pagi Selasa (28 Jun).

“Penutupan ini bertujuan memudahkan laluan jentera berat yang terlibat dengan pembinaan terowong ECRL di Genting. ANIH Berhad ingin menasihatkan pengguna untuk merancang perjalanan dan jika perlu, mempercepatkan atau menangguhkan perjalanan mereka,” katanya menerusi kenyataan media, pada Isnin.

Selain itu, pengguna juga diingatkan untuk memandu dengan berhemah dan mematuhi arahan petugas di lokasi serta memastikan kenderaan mereka sentiasa dalam keadaan optimum sebelum memulakan perjalanan.

-Sinar Harian

Tags: DitutupLebuhraya KLK Laluan LentangPembinaan ECRL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TikTok Mula Ditutup Di AS Esok Kecuali Jika Biden Campur Tangan

TikTok Mula Ditutup Di AS Esok Kecuali Jika Biden Campur Tangan

18/01/2025
0

WASHINGTON - Pengurusan aplikasi TikTok memaklumkan, perkhidmatan media sosial itu akan dihentikan di Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa esok jika...

Empat Premis Perniagaan GISBH Di Putrajaya Turut Ditutup

Empat Premis Perniagaan GISBH Di Putrajaya Turut Ditutup

22/09/2024
0

PUTRAJAYA: Beberapa premis perniagaan milik GISB Holdings (GISBH), di sini, dipercayai ditutup sejak empat hari lalu, selepas syarikat itu didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd