Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

SPR Hantar Kad Pengundi...

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah melaksanakan satu inisiatif menghantar kad pengundi (voter’s card)...

Nahas Bas Di Chiang...

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Thailand kerana membantu...

59 Ekor Penyu Agar...

DUNGUN - Jabatan Perikanan Terengganu merekodkan sebanyak 59 ekor penyu agar mati di...

Pergolakan PAS-DAP Seakan Tiada...

KUALA LUMPUR - Ibarat retak menanti belah. Gabungan parti pakatan PAS-Parti Keadilan Rakyat...

Padah Lombong Bitcoin Di Rumah

Pasir Mas : Seorang juruteknik komputer ditahan selepas didapati menjalankan aktiviti perlombongan bitcoin dan mencuri bekalan elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah kediaman di Jalan Pasir Pekan, di sini, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, ketika serbuan 12.30 tengah malam itu, suspek berusia 32 tahun didapati menjalankan aktiviti perlombongan bitcoin dengan menggunakan bekalan elektrik yang disambung secara haram.

“Pemeriksaan kabel elektrik di rumah berkenaan mendapati, ia sudah diubah suai bagi perlombongan bitcoin terbabit.

“Bekalan elektrik di rumah itu kemudiannya dipotong TNB,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Beliau berkata, suspek ditahan untuk tindakan lanjut, selain polis turut merampas 37 mesin bitcoin, 43 pembekal kuasa, empat suis utama TNB dan peralatan lain bernilai lebih RM35,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori