• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Vietnam Curi Lebih RM70 Bilion Hasil Laut

oleh Mohd Arshad
09/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG: Pencerobohan nelayan asing khususnya dari Vietnam di perairan negeri ini mengakibatkan negara kehilangan hasil laut dianggarkan lebih RM70 bilion dalam tempoh 12 tahun sejak 2010.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kerakusan nelayan terbabit mencuri hasil laut menggunakan kaedah tunda ganding dikatakan bukan sahaja memusnahkan ekosistem marin, malah turut menjejaskan sumber rezeki nelayan tempatan berikutan habitat marin dikatakan semakin berkurangan

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, berkata pihaknya mengenakan tindakan tegas termasuk menenggelamkan bot rampasan untuk dijadikan tukun tiruan dalam menangani isu pencerobohan nelayan terbabit.

Beliau berkata bermula 2010 hingga kini, pihaknya sudah melupuskan sebanyak 142 bot nelayan Vietnam dengan nilai anggaran sebanyak RM213 juta.

Menurutnya, proses pelupusan semua bot rampasan yang sudah dilucuthak oleh mahkamah itu dilakukan dengan menenggelamkan bot terbabit untuk dijadikan tukun tiruan.

“Kita mengambil serius dalam menangani isu pencerobohan nelayan Vietnam ini dan sentiasa komited dalam menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan hasil laut negara tidak terus dicuri nelayan asing.

“Tindakan melupuskan bot adalah bukti Maritim komited dalam menguatkuasakan undang-undang perairan negara terutama isu membabitkan pencerobohan nelayan Vietnam.

“Akibat pencerobohan ini, kita menganggarkan sebanyak RM6 bilion hasil laut di perairan negeri ini dicuri nelayan Vietnam setiap tahun,” katanya selepas menyaksikan proses pelupusan tiga bot nelayan Vietnam untuk dijadikan tukun tiruan di perairan Pulau Kapas, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim dan Pengarah Perikanan negeri, Ruzaidi Mamat.

Muhammad Suffi berkata, tiga bot terbabit yang dirampas oleh KM Gemia dan KM Nusa menerusi Ops Naga Barat serta Ops Kuda Laut pada tahun lalu ditenggelamkan di lokasi 1.3 batu nautika dari Pulau Kapas atau 4.7 batu nautika dari muara Marang.

Menurutnya, semua awak-awak bot-bot terbabit membabitkan seramai 43 orang sudah dihukum penjara selama tujuh bulan.

“Lokasi pelupusan bot yang tidak jauh dari tanah besar itu secara tidak langsung dapat membantu menambah pendapatan nelayan pantai sekali gus memulihkan ekonomi mereka yang sepenuhnya mengharapkan rezeki hasil laut,” katanya.

Katanya, pelupusan bot itu turut mendapat kerjasama Jabatan Perikanan, Taman Laut serta Institut Sumber Marin Asia Tenggara (Ismat).

BHonline-

Tags: Hasil Lautnelayan VietnamRugi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

17/02/2026
0

BESUT: Seorang kontraktor rugi RM107,995 terpedaya dengan tawaran tender projek tidak wujud. Lelaki berusia 47 tahun itu membuat laporan polis...

Pesara Jururawat Rugi RM1.9 Juta Diperdaya Skim Pelaburan Palsu

Pesara Jururawat Rugi RM1.9 Juta Diperdaya Skim Pelaburan Palsu

04/09/2024
0

ALOR SETAR: Seorang pesara jururawat berusia 76 tahun kerugian lebih RM1.9 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd