Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

PRU14: Pertandingan Tiga Penjuru...

PUTRAJAYA – Kerusi parlimen Putrajaya menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan...

Pelajar Alami Masalah Dokumentasi...

HULU TERENGGANU - Kementerian Pendidikan membenarkan pelajar yang menghadapi masalah dokumentasi berkenaan status...

Pekerja Tempatan Tidak Terkesan...

KULIM - Pekerja tempatan tidak akan terkesan dengan pemansuhan Akta Pampasan Pekerja 1952,...

LHDN Saman Anak Perempuan...

KUALA LUMPUR - Selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan...

MSM, Kerajaan Bincang Semak Semula Harga Kawalan Gula

SHAH ALAM – Pengeluar gula utama negara, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) melakukan perbincangan bersama kerajaan mengenai keperluan untuk menyemak semula harga siling terkawal bagi segmen runcit bahan tesebut.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Dalam satu kenyataan pada Rabu, MSM berkata, ia susulan daripada tekanan kos pengeluaran gula bertapis yang diramalkan berlaku pada tahun kewangan 2022 dengan ia dijangka memberi cabaran lebih besar kepada syarikat tersebut.

“Bagi suku pertama (S1) tahun kewangan 2022 (TK2022), MSM mencatatkan kerugian selepas cukai (LAT) yang telah dijangka sebanyak RM28 juta berbanding keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM31 juta untuk 1S2021.

“Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kos pengeluaran yang lebih tinggi didorong oleh NY11 29 peratus lebih tinggi, peningkatan 57 peratus dalam kos pengangkutan dan ringgit yang lebih lemah.

“Kos penapisan kumpulan juga mencatatkan peningkatan sebanyak 28 peratus, sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan kos gas sebanyak 86 peratus,” menurut kenyataan itu.

Kali terakhir harga kawalan gula bertapis dinaikkan sebanyak 11 sen adalah pada 2017 dan kemudian pada 2018, diturunkan sebanyak 10 sen bagi setiap kilogram, menyebabkan kenaikan hanya satu sen sejak tahun 2011.

Harga gula pasir putih semasa ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) adalah RM2.85 sekilogram.

Sementara itu, MSM memaklumkan syarikat itu kekal fokus untuk memastikan pelaksanaan pelan pemulihannya di tengah-tengah peningkatan elemen kos pengeluaran utama iaitu gula mentah, pengangkutan, gas asli dan pertukaran asing.


Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Syed Feizal Syed Mohammad berkata, syarikatnya mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.3 bilion pada TK2021 dengan keuntungan sebelum cukai (PBT) berjumlah RM81 juta bersandarkan jumlah aset RM2.87 bilion.

“Ini merupakan peningkatan yang memberangsangkan dari tahun 2020 walaupun berdepan dengan cabaran sepanjang tahun.

“MSM juga telah kembali menjadi syarikat membayar dividen di mana kami mengisytiharkan dividen sebanyak 3 sen sesaham untuk TK2021,” katanya semasa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-11 yang diadakan secara dalam talian pada Rabu.

Mengulas lanjut, Syed Feizal berkata, MSM juga kini berusaha untuk mengukuhkan kedudukan jenamanya dan kekal di landasan untuk sasaran semasa dan jangka panjang melalui pengembangan pasaran dan jangkauan yang lebih luas.

“Kami terus mengukuhkan kunci kira-kira kami dan meningkatkan kecairan. MSM mempunyai nisbah penggearan yang sihat sebanyak 26 peratus pada TK2021 berbanding 33 peratus pada TK2020.

“Untuk inisiatif, kami meningkatkan dengan mempercepatkan perjalanan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) serta memulakan pendigitalan ke arah IR 4.0 pada tahun ini,” jelas beliau.

MSM yang mengeluarkan gula di bawah jenama ‘Gula Prai’ itu menghasilkan hampir 900,000 tan gula pada tahun 2021.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori