• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Alami Masalah Dokumentasi Boleh Teruskan Sekolah

oleh Ahmad Albab
06/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Kementerian Pendidikan membenarkan pelajar yang menghadapi masalah dokumentasi berkenaan status kewarganegaraan meneruskan pembelajaran sehingga proses pendaftaran selesai.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia bagi memastikan para pelajar berkenaan tidak tercicir dari mendapat kemudahan pendidikan.

“Kita menyokong langkah yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam kes-kes terpencil di negeri Kedah yang mana para pelajar yang mengalami masalah demikian dibenarkan terus bersekolah.

“Kita membenarkan anak-anak ini yang salah seorang ibu atau bapanya yang merupakan warganegara Malaysia meneruskan persekolahan sementara proses dokumentasi berkenaan selesai,” katanya.

Adalah tidak adil untuk menghukum kanak-kanak tersebut di atas kesalahan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka, katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah yang terjejas banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari dan Pengarah Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Hussin.

Sebelum ini seorang pelajar di Kedah, Tan Yao Chun, 7, dilaporkan menghadapi masalah untuk bersekolah kerana bapanya seorang warganegara Malaysia tidak mendaftarkan kelahirannya dengan Kedutaan Malaysia di Thailand.

Tan yang dilahirkan di Hatyai, Thailand mempunyai ibu seorang warganegara Myanmar.

Dalam pada itu Mahdzir berkata kementerian juga sedia mengkaji keperluan untuk membuat struktur dan reka bentuk bangunan baharu di sekolah yang terletak di kawasan yang sering terjejas banjir.

Setakat ini, laporan sekolah yang sering ditenggelami air diterima dari empat daerah iaitu Rantau Panjang dan Tumpat di Kelantan dan Hulu Terengganu dan Setiu di Terengganu, katanya.

Beliau berkata:”Saya dimaklumkan ada sekolah tu setiap tahun dinaiki airsebanyak lima hingga tujuh kali dan sentiasa berulang (banjir).

Jadi cadangan dari Pejabat Pendidikan Daerah ialah kaji semula reka bentuk bangunan…kalau tiada tanah di kawasan sekolah, tapi hendak buat di situ juga …boleh kita buat, namun tingkat atas sahaja…tingkat bawah kita kosongkan,” katanya.  – BERNAMA 

Tags: pelajarSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd