Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Pelajar Lelaki Maut Selepas...

LAHAD DATU - Seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Sahabat...

Terbalik!!! Wartawan Akhbar Saman...

GEORGE TOWN - Pada kebiasaan, pemimpin DAP dikatakan sering menyaman media tertentu khasnya...

Jalan Persekutuan Adalah Jalan...

MELAKA - Pengguna jalan raya digalak menjadikan jalan persekutuan sebagai pilihan utama ke...

Pemuda UMNO Gesa Malaysia...

1. BIRO Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia menyeru kepada kerajaan Malaysia agar segera menarik...

MRT2: Pembukaan Fasa 1 Selaras Agenda PIPANS Di Selangor

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor menyambut baik pembukaan laluan Fasa 1 Perkhidmatan Transit Aliran Masa 2 (MRT2) yang dianggap selaras pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor (PIPANS).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pembukaan laluan dari Kampung Batu, Kuala Lumpur hingga ke Damansara merupakan perkembangan positif bagi menambah baik jaringan pengangkutan awam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han berkata, langkah itu seiring agenda PIPANS untuk meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam daripada 20 kepada 60 peratus menjelang 2030.

“Menerusi kemampuan MRT2 membawa 1,200 orang dalam satu masa dan ketersambungan sistem rel lain, kemudahan itu tentunya membawa manfaat kepada 6.57 juta penduduk Selangor. Selain itu, laluan Fasa 2 yang mula beroperasi pada Januari 2023 turut akan menghubungkan ke Cyberjaya dan Putrajaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, beliau mewakili kerajaan negeri hadir meninjau kemudahan MRT2 itu bersama Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp).


Jelas Sze Han, kerajaan negeri komited memastikan rakyat menikmati kemudahan pengangkutan awam yang selamat serta cekap dan berharap Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan penambahan bilangan bas dan laluan khususnya di kawasan berkepadatan penduduk selaras pembukaan MRT2.

“Inisiatif itu akan dapat memperkasakan lagi jaringan pengangkutan awam di seluruh Lembah Klang yang pesat membangun dengan pelbagai aktiviti ekonomi di samping kerajaan negeri sudah memperkenalkan perkhidmatan percuma Bas Smart Selangor sejak 2015 dengan anggaran RM40 juta setahun.

“Menerusi usaha seumpama itu, ia diharap meningkatkan minat rakyat untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Kerajaan negeri bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan agensi berkaitan bagi merealisasikan hasrat itu,” jelasnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori