• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB: Penyelarasan Cuti Hujung Minggu Johor Masih Dalam Kajian

oleh AK-47
26/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MB: Penyelarasan Cuti Hujung Minggu Johor Masih Dalam Kajian
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Negeri Johor masih mengkaji penyelarasan semula cuti hujung minggu yang ketika ini ditetapkan pada Jumaat dan Sabtu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan mengenai penyelarasan itu tidak boleh dibuat secara melulu berikutan ia melibatkan pelbagai pihak berkepentingan serta perlu mendapat perkenan daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau berkata penyelarasan semula cuti hujung minggu itu juga telah menjadi buah mulut rakyat di negeri ini serta pelbagai cadangan telah diterima.

“Pelbagai cadangan telah diberikan, ada yang mahu ia kekal hari Jumaat dan Sabtu supaya mudah pergi solat, ada yang mahu ia diubah ke Sabtu dan Ahad supaya selari dengan Persekutuan.

“Ada yang mahu masa rehat hari Jumaat yang lebih panjang, ada yang mahu cuti dua hari setengah malah ada yang mahu cuti tiga hari seminggu. Semua pandangan dan cadangan ini saya terima dengan baik. Namun, perkara ini masih lagi dalam peringkat kajian dan ia melibatkan pelbagai pihak berkepentingan,” katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail di Iskandar Puteri, hari ini.

Beliau berkata penyelarasan perlu dibuat agar ibu bapa terutama yang bekerja di sektor swasta dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka.

“Ramai ibu bapa yang bekerja di sektor swasta terutamanya, hanya dapat meluangkan masa selama satu hari sahaja dengan anak-anak mereka pada cuti hari minggu disebabkan perbezaaan hari cuti sejak 2014.

“Penyelarasan perlu dibuat agar ibu bapa boleh meluangkan lebih masa bersama keluarga tercinta,” katanya.

Pada 14 Jun lepas, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri akan mengkaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu dan menjelaskan keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan setelah pihaknya mempunyai kaedah tuntas.

-Malaysia Kini

Tags: cuti hujung minggukajianmb
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

Jangan Terpengaruh Hasil Kajian, Tetap Keluar Mengundi Demi Kemenangan BN-PN

Jangan Terpengaruh Hasil Kajian, Tetap Keluar Mengundi Demi Kemenangan BN-PN

31/07/2026
0

SEREMBAN – Pengundi di Negeri Sembilan tidak boleh terpengaruh dengan kajian, ramalan atau spekulasi yang mendakwa BN-PN sudah berada di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd