• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDNM Sebuah Kisah Kejayaan Negara

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
LHDNM Sebuah Kisah Kejayaan Negara
Share on FacebookShare on Twitter

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mendapat pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pujian itu ekoran kejayaan agensi kutipan cukai negara tersebut berjaya mengutip lebih RM140 bilion hasil cukai bagi tahun 2021.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 17 peratus berbanding tahun 2020 sekali gus memudahkan usaha kerajaan membantu meringankan beban rakyat.

Termasuk melalui pelbagai agihan bantuan secara terus seperti Bantuan Prihatin Rakyat, Bantuan Prihatin Nasional dan Bantuan Keluarga Malaysia.

Sebenarnya pencapaian LHDNM sejak sejarah penubuhannya memang sangat memberangsangkan kerana mampu merekodkan kutipan hasil setiap yang disasarkan.

Malah pada tahun 2020, LHDNM merekodkan jumlah kutipan cukai RM123.09 bilion disebalik Malaysia sedang bergelut dengan impak ekonomi diakibatkan pandemik Covid-19.

Kutipan yang dibuat itu adalah lebih RM1.393 bilion atau 1.15 peratus lebih tinggi berbanding sasaran iaitu RM121.7 bilion.

Pada tahun ini unjuran hasil daripada cukai langsung adalah kira-kira RM139.3 bilion dan LHDNM amat optimis ia realistik dan boleh dicapai.

Kejayaan LHDNM itu tidak akan tercapai tanpa kesungguhan dan ketelusan para pegawai dan kakitangan agensi kutipan cukai negara tersebut.

Tanpa kesungguhan dan ketelusan oleh para pegawai dan kakitangan LHDNM, Malaysia akan kehilangan hampir separuh daripada jumlah pendapatan negara.

Implikasinya sudah tentu amat buruk kepada rakyat kerana tanpa dana mencukupi mustahil segala nikmat yang kita kecapi sebagai rakyat Malaysia ketika ini mampu kekal.

Dengan demikian seharusnya rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada LHDNM dan memberi dokongan penuh kepada agensi itu dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Kejayaan LHDNM bermaksud kejayaan buat Malaysia dan seluruh anggota masyarakatnya.

-Mynewshub

Tags: KejayaanLHDNMNEGARA
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Kemakmuran Negara Bukan Hanya Bergantung Kepada Angka Belanjawan Yang Besar – Abdul Hadi

Kemakmuran Negara Bukan Hanya Bergantung Kepada Angka Belanjawan Yang Besar – Abdul Hadi

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan kemakmuran sebenar sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada angka...

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan kerajaan bahawa kejayaan Belanjawan 2027 tidak seharusnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd