Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Koo Ham Syak Kebakaran...

MANJUNG - Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mengesyaki kejadian kebakaran rumahnya...

Obama Rakam Ucapan Takziah...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama merakamkan ucapan takziah atas kematian...

Muhammad Shafee Dibayar RM1,000...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hanya menerima bayaran berjumlah RM1,000...

Kekasih Gelap Ozzy Nak...

WANITA simpanan Ozzy Osbourne, Michelle Pugh mengambil tindakan undang-undang terhadap anak perempuan Ozzy, Kelly...

Lelaki Cuba Terjun, Tikam Isteri, Ibu Mentua Direman 3 Hari

Kota Bharu : Lelaki yang cuba terjun bangunan selepas dipercayai menikam isteri dan ibu mentuanya di Tumpat, kelmarin direman tiga hari.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Perintah reman terhadap pemandu lori berusia 27 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kota Bharu Nuriza Mustafa bermula hari ini sehingga Sabtu.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman lelaki berkenaan.

Menurutnya, reman dibuat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.


“Selepas habis reman yang ini, kita akan menahan reman semula untuk kes mencederakan isteri dan ibu mentuanya mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Semalam dilaporkan seorang lelaki ditahan polis ketika cuba terjun dari tingkat 31 di sebuah bangunan dalam pembinaan di Lembah Sireh di sini.

Siasatan polis kemudiannya mendapati lelaki berkenaan adalah individu yang dilaporkan menikam isteri dan ibu mentuanya di rumah mereka di Chabang Empat di Tumpat.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori