• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 91% Bicara Kes Rasuah SPRM Disabit Bersalah

oleh Mohd Arshad
14/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Lebih 91 peratus daripada 1,283 kes perbicaraan rasuah di mahkamah berakhir dengan kes-kes tersebut disabitkan bersalah sepanjang tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ia sekali gus menunjukkan kejayaan siasatan yang dibawa ke pendakwaan dan dibicarakan di Mahkamah Sesyen seluruh negara.

Menurut beliau, pencapaian itu lebih tinggi daripada tahap 75 peratus yang ditetapkan United Nations Convention Against Corruptions (UNCAC).

“Sejumlah 292 kes telah selesai dibicarakan. Daripada jumlah itu, sebanyak 266 berakhir dengan sabitan atau 91.1 peratus.

“Ini menunjukkan peratusan sabitan yang amat membanggakan,” katanya ketika berucap merasmikan Anugerah Media SPRM, di sini hari ini.

Azam berkata, sebanyak 152 kes pelucuthakan harta dikendalikan di mahkamah yang mana sejumlah 121 kes permohonan telah selesai.

Jelas beliau, sejumlah 117 kes atau 96.7 peratus memihak kepada pendakwa raya manakala empat kes, atau 2.2 peratus tidak memihak kepada pendakwa raya.

“Dari segi pemulihan aset, jumlah aset yang dilucut hak dan dipulangkan kepada kerajaan Malaysia pada tahun lepas adalah RM5.1 billion, di mana RM99.57 peratus adalah daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

SOP

Dalam pada itu, Azam berkata, SPRM mempunyai prosedur operasi standard (SOP) tertentu dalam siasatan iaitu tidak boleh membuka kertas siasatan hanya daripada maklumat seorang blogger atau pengguna media sosial, terutamanya mereka yang disyaki mempunyai agenda politik tertentu.

Katanya, jika SPRM berasaskan siasatan atas tuduhan atau dakwaan yang sedemikian, kertas siasatan tidak akan berjaya berdiri di atas landasan bukti teguh sekali gus akan dibuang sebelum ia mendapat izin untuk mendakwa oleh Pejabat Peguam Negara dan sudah tentu tidak akan sampai ke ruang perbicaraan mahkamah.

Justeru, beliau percaya agensi media dapat memahami dan tidak lagi melaporkan SPRM membuka kertas siasatan susulan dakwaan seorang blogger selain perlu berhati-hati membuat laporan supaya mempunyai bukti-bukti teguh sekiranya disaman di mahkamah.

“Lebih-lebih lagi kami, sebagai badan penguat kuasa undang-undang yang diperkuatkuasakan dengan akta, semestinya perlu begitu cermat mengikuti SOP untuk meneliti mana-mana dakwaan dan aduan, sebelum membuka sesuatu kertas siasatan.

“Dan sekiranya, tidak ada atau tidak cukup bukti, kertas siasatan akan ditutup. Amalan ini adalah untuk memastikan seseorang yang tidak bersalah tidak dianiayai, dan yang tertuduh mendapat ruang dan peluang pembelaannya di mahkamah,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Disabit BersalahKes Rasuah SPRMSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rayuan Tambah Kuota Haji: Kita Dah Cuba, Kata Idris

Next Post

17 Lelaki ‘Bertempur’ Di Hadapan Pusat Hiburan Ditahan

Related Posts

Keluarga Beng Hock Tolak Permohonan Maaf Azam Baki, Anggap Ia Sandiwara Publisiti

Keluarga Beng Hock Tolak Permohonan Maaf Azam Baki, Anggap Ia Sandiwara Publisiti

16/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock menyifatkan permohonan maaf oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, pertuduhan terhadap isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung kesalahan gagal...

Next Post

17 Lelaki 'Bertempur' Di Hadapan Pusat Hiburan Ditahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd