• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Penuh Kematian Adib, Pulau Batu Puteh, Tommy Thomas Ogos Depan

oleh AK-47
13/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Laporan penuh siasatan dan kajian kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan diperoleh Ogos depan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata, kerajaan juga akan menerima laporan isu dan tindakan perundangan kes Pulau Batu Puteh serta siasatan dakwaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya pada tempoh sama.

“Jawatankuasa yang dilantik pada Disember tahun lalu minta untuk sambung (tempoh) lagi bagi pihak mereka memperhalusi serta meneliti laporan terbabit,” katanya menerusi sidang akhbar di pejabatnya, di sini pada Isnin.

Menurutnya, tempoh lanjut diperlukan adalah bagi kerja-kerja penterjemahan ke bahasa Melayu berikutan ada laporan yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Kita akan bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mempunyai kepakaran menterjemah dalam pelbagai bidang demi memastikan tiada kesalahan yang berlaku sekiranya terjemahan selesai dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa juga berdepan dengan kesukaran untuk memperoleh dokumen dan saksi.

“Ada kes contohnya kita sukar untuk dapatkan dokumen yang disimpan oleh individu tertentu. Begitu juga dengan saksi… Ada yang yang telah pulang ke negara masing-masing,” katanya.

Wan Junaidi berkata, kerajaan turut menggunakan semua kepakaran dari dalam dan luar negara di dalam siasatan kes Pulau Batu Puteh.

“Kita ada menggunakan khidmat pakar dari The Hague, Belanda dan England. Sepatutnya boleh dapat laporan menjelang Ogos,” katanya.

Sebelum ini Wan Junaidi memaklumkan laporan akhir siasatan kes kematian Muhammad Adib akan dibentang kepada kabinet pada bulan ini.

-Sinar Harian

Tags: Kematian AdibLaporan Penuhpulau batu putehTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bangkai Lipas, Debu Bulan Bakal Dilelong RM1.7 Juta

Next Post

‘BERSATU Bincang Persiapan PRU, Bukan Kedudukan PM’

Related Posts

Kerajaan Negeri Tunggu Laporan Penuh Tarian Mencolok Mata

Kerajaan Negeri Tunggu Laporan Penuh Tarian Mencolok Mata

23/12/2024
0

Kota Bharu: Kerajaan Kelantan sedang menunggu laporan lengkap berhubung penganjuran majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa disajikan persembahan...

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Next Post

'BERSATU Bincang Persiapan PRU, Bukan Kedudukan PM'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd