• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapan Ditahan Seleweng 97,780 Liter Minyak Diesel

oleh AK-47
19/06/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Polis merampas sebanyak 97,780 liter minyak diesel bernilai RM210,227 dalam dua serbuan berasingan di Tanah Merah dan Machang awal pagi Ahad.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil serbuan yang dilakukan oleh anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan berjaya menahan lapan suspek termasuk seorang warga Bangladesh berumur antara 29 hingga 50 tahun.

“Hasil dua serbuan itu pihaknya merampas lima lori, tiga mesin penyedut minyak dan enam tangki statik dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM910,007.

“Kesemua lapan suspek ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah dan Machang untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya selepas melawat lokasi rampasan minyak diesel di Kampung Tebing Tinggi, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, pihaknya mendapati mereka yang ditahan itu menggunakan modus operandi dengan membeli minyak bersubsidi menggunakan lori biasa yang tangkinya telah diubah suai untuk mengaburi pihak berkuasa sebelum dipindahkan ke tangki statik di kilang utama.

“Kegiatan haram yang dilakukan oleh sebuah syarikat pembekal minyak diesel di Tanah Merah itu yang membeli diesel bersubsidi dan bukan dengan harga minyak industri seperti mana yang ditetapkan oleh kerajaan, dipercayai telah lama menjalankan kegiatan berkenaan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: DieselMinyak DieselSeleweng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd