Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Sukan Asia: Jun Hoong-Wendy...

INCHEON - Kemantapan penerjun China terus menjadi batu penghalang skuad terjun negara untuk...

Nawawi Tidak Gentar Lawan...

ALOR SETAR – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi...

5 Tip Kekalkan Rumah...

SELEPAS seharian penat bekerja, pastinya kita mengharapkan agar keadaan di rumah dapat menenangkan...

Nasha Aziz Kini Berhijrah,...

SEKIAN lama dilihat sepi daripada muncul di kaca televisyen mahupun layar perak, tiba-tiba muncul...

Lagi Tapak Bandar Purba Puak Maya Ditemukan Di Mexico

MEXICO CITY : Runtuhan sebuah bandar tamadun purba Maya yang dipenuhi dengan istana, piramid dan plaza ditemukan di tapak pembinaan berhampiran Merida di Semenanjung Yucatan, Mexico.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Lapor Daily Mail, bandar itu dikenali sebagai Xiol yang bermaksud ‘Spirit of Man’ dalam bahasa Maya.

Bandar pra-Colombia itu dipercayai menjadi tempat tinggal kepada kira-kira 4,000 orang antara 600 dan 900 Selepas Masihi.

Menurut ahli arkeologi, bandar itu mempunyai beberapa ciri gaya seni bina Maya Puuc, yang biasa ditemukan di selatan Semenanjung Yucatan namun jarang berhampiran Merida.

Pasukan ahli arkeologi berkenaan juga menemukan tapak perkuburan orang dewasa dan kanak-kanak berdekatan, yang ditanam dengan alat obsidian dan batu api, penyembahan dan barangan lain.

“Penduduk dari kelas sosial berbeza seperti imam, jurutulis tinggal di istana-istana besar ini.

“Malah, ada juga rakyat jelata menetap di beberapa bangunan kecil,” kata ahli arkeologi yang mengetuai kerja ekskavasi bandar itu, Carloz Peraza.

Bandar tersebut berasal dari zaman Klasik Akhir, tempoh dalam sejarah Maya apabila negara kota terlibat dalam rangkaian pakatan dan permusuhan yang kompleks.


Ahli arkeologi menyedari kewujudan Xiol sejak 1980an namun kerja ekskavasi hanya bermula pada 2018 dan bangunan pertama ditemukan enam bulan lalu.

Sekumpulan ahli arkeologi dari Instituto Nacional de Antropología e Historia (INAH) membentangkan penemuan kerja ekskavasi mereka kepada dunia.

Setakat ini, pasukan itu berjaya mengesan dan menemukan 12 bangunan termasuk istana, rumah, bengkel, kubur dan dataran awam luas merangkumi sebuah platform dan piramid kecil yang mungkin digunakan untuk tujuan upacara.

Mereka juga menemukan sebuah cenote sedalam 4.87 meter, iaitu perigi semula jadi yang terbentuk akibat runtuhan kerak batu kapur yang melapisinya.

Sekurang-kurangnya lima bangunan itu dibina dalam gaya seni bina Puuc, yang terkenal dengan penggunaannya di tapak bersejarah seperti Chichén Itzá dan Uxmal sekaligus menunjukkan Xiol dibina pada masa yang sama.

Ahli arkeologi INAH juga menemukan beberapa alat yang digunakan untuk membina bandar, artifak seperti periuk seramik dan kubur purba.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori