• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Makanan Global Akan Berpanjangan – WTO

oleh Mohd Arshad
10/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Ketua Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Ngozi Okonjo-Iweala memberi amaran bahawa krisis makanan global akibat perang di Ukraine akan berlarutan hingga beberapa tahun jika sekiranya tiada campur tangan segera, lapor Badan Pe­nyiaran British (BBC) kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Beliau berkata, negara-negara di Benua Afrika adalah yang pa­ling terjejas terutamanya apabila bekalan gandum dan baja dunia makin berkurangan.

Berjuta-juta tan bijirin kini tersadai di gudang-gudang selepas pelabuhan utama di Ukraine disekat oleh Rusia ketika konflik Moscow-Kiev memasuki bulan keempat kelmarin.

Okonjo-Iweala menyifatkan situasi kini sangat menyedihkan dan menjadi punca harga bijirin seperti gandum melambung tinggi di pasaran antarabangsa.

Ukraine adalah pengeksport gandum utama dan menyumbang sembilan peratus kepada pasaran global.

Negara itu juga merangkumi 42 peratus daripada pasaran minyak bunga matahari global dan 16 peratus tanaman jagung.

Sekatan Rusia ke atas pelabuhan-pelabuhan di Laut Hitam menyebabkan 20 hingga 25 juta tan gandum menunggu masa untuk mereput di Ukraine ketika harga bijirin global meningkat mendadak

Okonjo-Iweala berkata, harga gandum melonjak 59 peratus berbanding tahun lepas dengan harga minyak bunga matahari meningkat 30 peratus, manakala jagung 23 peratus lebih tinggi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kini mengetuai usaha untuk cuba mewujudkan koridor bijirin supaya kapal-kapal dagang dapat meninggalkan Odessa dan pelabuhan lain di Ukraine dengan selamat.

Setakat ini, hanya dua juta tan bijirin dieksport dari Ukraine melalui kereta api dan lori sekali gus jumlah yang jauh lebih rendah berbanding kadar eksport biasa mencecah ratusan juta tan.

Menurut Okonjo-Iweala, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres telah membentuk sebuah pasukan bertindak bagi mengkaji isu-isu berbangkit tersebut.

“Beliau cuba bekerjasama dengan Rusia untuk melihat sama ada satu perjanjian boleh dicapai untuk membenarkan eksport bijirin, jadi kami akan terus berusaha.

“Jika tidak, situasi buruk akan menimpa seluruh dunia”, kata Okonjo-Iweala.

Menurutnya, sebanyak 35 negara Afrika mengimport makanan dari rantau di Laut Hitam itu yang merangkumi Ukraine dan Rusia, manakala 22 yang lain mengimport baja.

“Anda boleh bayangkan betapa besar impak ini walaupun hanya di Benua Afrika.

“Saya harap kita tidak mengalami krisis makanan yang sangat buruk untuk beberapa tahun akan datang,” ujarnya.

-Kosmo Online

Tags: krisis makananKrisis Makanan GlobalWTO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pastikan Tiada Unsur Agama Dalam Pesta Bon Odori: Mufti Perlis

Next Post

Perlu Lebih Peruntukan Atasi Banjir Kilat Di KL

Related Posts

China Ambil Tindakan Undang-undang Atas AS Berhubung Eksport Cip

China Ambil Tindakan Undang-undang Atas AS Berhubung Eksport Cip

13/12/2022
1

BEIJING: China yang mahu mempertahan kepentingannya, memfailkan saman dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) terhadap Amerika Syarikat (AS) berhubung langkah kawalan...

Krisis Makanan Negara Di Ambang Bahaya: Sultan Nazrin

Krisis Makanan Negara Di Ambang Bahaya: Sultan Nazrin

30/07/2022
0

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan agar gerakan secara besar-besaran dilakukan untuk memenuhi keperluan bekalan makanan negara...

Next Post

Perlu Lebih Peruntukan Atasi Banjir Kilat Di KL

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd