• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Pandang Serius Isu Kekurangan Ubat Di Pasaran

oleh AK-47
14/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu kekurangan bekalan ubat-ubatan di klinik dan hospital swasta serta farmasi komuniti di Malaysia yang dilaporkan mutakhir ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ia disebabkan pelbagai faktor di luar kawalan seperti yang dinyatakan oleh Malaysian Association of Pharmaceutical Suppliers (MAPS) di dalam artikel Malaysia Facing Medicine Shortages, Potential Price Hikes from China Lockdowns, Russia-Ukraine War yang disiarkan di sebuah portal berita.

KKM memandang serius isu-isu kekurangan bekalan ubat-ubatan sama ada di fasiliti kesihatan kerajaan ataupun swasta. Justeru, KKM dengan ini merumuskan langkah penyelesaian sementara seperti berikut;

i) Fasiliti kesihatan swasta boleh memohon pinjaman bekalan ubat-ubatan dari fasiliti kesihatan swasta yang lain atau fasiliti kesihatan kerajaan yang terdekat. Fasiliti kesihatan kerajaan boleh menimbang untuk meminjamkan bekalan ubat-ubatan untuk kegunaan ketika kecemasan, krisis dan bencana dengan memastikan terlebih dahulu ketersediaan dan baki stok ubat-ubatan mencukupi untuk kegunaan aktiviti harian fasiliti kesihatan kerajaan tersebut.

ii) Sekiranya perlu, pesakit boleh dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan terdekat untuk meneruskan rawatan. Namun demikian, pesakit mungkin memerlukan perubahan regimen ubat-ubatan berdasarkan ketersediaan di fasiliti kerajaan yang dirujuk.

iii) Pesakit boleh membeli ubat-ubatan tersebut dari Farmasi Komuniti dengan preskripsi dari klinik/hospital swasta berkenaan.

KKM berharap langkah-langkah ini dapat memberi penyelesaian sementara terhadap isu kekurangan bekalan ubat-ubatan ke fasiliti kesihatan swasta agar kesinambungan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat dapat diteruskan.

Pada masa yang sama, pihak KKM juga telah memulakan perkongsian maklumat senarai ubat-ubatan yang mengalami gangguan dan cadangan produk alternatif bagi ubat-ubatan tersebut dengan pihak pengamal perubatan swasta, hospital swasta dan farmasi komuniti.

Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Langkah ini dilakukan untuk mengurangkan impak kepada situasi semasa dan penggunaan secara optimum ubat-ubatan generik lain sebagai alternatif, yang masih mempunyai bekalan di pasaran.

Penyelesaian jangka panjang sedang diusahakan KKM dalam menangani isu ini dan pemantauan berterusan dibuat untuk memastikan ketersediaan ubat-ubatan di seluruh Malaysia.

Sekian, terima kasih.

KHAIRY JAMALUDDIN

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

-Sinar Harian

Tags: Isu Kekurangan UbatKKMPandang Seriusubat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd