• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemas Rumah Pusaka, Terserempak Ular Sawa 30KG

oleh Mohd Arshad
11/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH : Sebuah keluarga di Kampung Belimbing Dalam di sini berdepan detik cemas selepas terserempak seekor ular sawa seberat 30 kilogram (kg) ketika membersihkan laman rumah bagi majlis perkahwinan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari kelmarin, ular sawa sepanjang sembilan meter tersebut berjaya ditangkap dengan bantuan sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Alor Gajah.

Menurut Affandy Bakar, 32, reptilia itu ditemuinya ketika dia bersama rakan membersihkan longgokan kayu yang turut mengeluarkan bau hanyir.

“Sepupu saya akan melangsungkan perkahwinannya di rumah pusaka nenek ini pada 25 Jun ini, jadi kami sekeluarga bergotong-royong membersihkan laman rumah. Ketika ingin membersihkan longgokan kayu, saya terbau benda hanyir dan alangkah terkejutnya apabila terdapat ular sawa di bawahnya,” katanya ketika ditemui di sini.

Jelasnya, dia cuba memberanikan diri menangkap ular tersebut, namun membatalkan hasrat selepas menyedari reptilia itu panjang dan bersaiz besar.

Sementara itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kes menangkap ular (KMU) pukul 2.25 petang.

“Pengadu memaklumkan terdapat ular di bawah timbunan kayu dan sepasukan empat anggota telah dikejarkan ke lokasi untuk operasi KMU. Bagaimanapun, setiba di lokasi kita dapati terdapat dua ekor ular dengan seekor daripadanya adalah seberat 30kg dan sepanjang sembilan meter,” katanya.

Tambahnya, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkapnya dan dipercayai ia datang dari kawasan paya berhampiran rumah pusaka berkenaan.

-Utusan Online

Tags: Rumah Pusakaular sawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak 10 Tahun Hampir Maut Digigit & Dibelit

Budak 10 Tahun Hampir Maut Digigit & Dibelit

09/01/2026
0

  Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun hampir menemui ajal selepas digigit dan dibelit ular sawa batik berhampiran rumah bapa...

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

11/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai tindakan tiga individu yang dikesan melepaskan tiga ekor ular sawa di kawasan longkang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd