• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Dnars Buat Laporan SPRM

oleh Mohd Arshad
19/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : Keluarga kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung prosedur membawa pulang jenazah usahawan itu yang maut dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand pada 18 Mei 2019 lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Tindakan itu susulan keluarga mendakwa jenazah Faziani dibawa pulang ke negara ini tidak mengikut tatacara.

Laporan SPRM itu dilakukan oleh abang sulung mangsa, Mohd. Faisal Rohban Ahmad, 48, pada pukul 3 petang menerusi firma guaman Shaharuddin Hidayu & Marwaliz.

Peguambela dan Peguamcara Lt Kol (B) Azhar Ahmad, berkata, proses membawa pulang jenazah ke tanah air itu menimbulkan keraguan selepas dilakukan pada hari yang sama dengan kemalangan iaitu pada 18 Mei 2019.

Menurutnya, tindakan itu didakwa mempunyai unsur ketidakpatuhan kepada prosedur.

“Untuk makluman, salah satu syarat wajib dalam urusan membawa pulang jenazah yang meninggal dunia di luar negara adalah mempunyai surat kebenaran daripada pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand.

“Namun dalam kes ini tiada dikeluarkan surat berkenaan. Begitu juga dengan tempoh yang singkat untuk urusan membawa pulang jenazah, kebiasaannya mengambil masa sekurang-kurangnya lima hari tetapi tidak sampai 12 jam jenazah sudah tiba di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Azhar memberitahu, pihaknya juga sudah ke Wisma Putra di Putrajaya dan mendakwa mempunyai pengesahan daripada seorang pegawai di sana bahawa urusan membawa pulang jenazah tidak mengikut prosedur sebenar.

Katanya, susulan daripada maklumat itu pihaknya menasihati anak guam untuk membuat laporan kepada SPRM kerana mengesyaki ada unsur ketidakpatuhan.

“Laporan lengkap sudah dibuat dan kami berharap pihak SPRM dapat menjalankan siasatan terperinci.

“Hal ini supaya, keluarga dapat mengetahui apa yang berlaku sebenarnya,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Faisal berharap siasatan segera dapat dijalankan bertujuan mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari.

Katanya lagi, proses pengurusan pulang jenazah adiknya yang cepat amat melegakan tetapi pada masa yang sama ia menimbulkan keraguan keluarga.

“Hal ini kerana keluarga kami tiada di lokasi kejadian serta sepanjang urusan tersebut. Ia berlaku terlalu pantas sedangkan arwah bapa kami yang meninggal dunia di luar negara dahulu mengambil masa paling kurang dua hari sebelum dibenarkan untuk dibawa pulang.

“Apabila berlaku terlalu cepat dan ia memang satu audit yang bagus tapi dibimbangi menimbulkan masalah di kemudian hari,” katanya.

Utusan Online 16 Jun lalu melaporkan keluarga kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat bagi menuntut siasatan lebih terperinci berkait kematian Faziani.

-Utusan Online

Tags: Keluarga DnarsLaporan SPRMSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd