• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedudukan Kerusi: BN Bincang Dengan Rakan Gabungan

oleh AK-47
19/06/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Nilai : Barisan Nasional (BN) akan berbincang dengan rakan gabungan BN bagi menentukan kedudukan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengerusi BN merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan mengenainya penting bagi mendapatkan persetujuan bersama dalam menentukan kerusi berkenaan.

“Saya pasti akan beri peluang di mana (kerusi) kita akan bincang,” katanya kepada pemberita selepas majlis Santai Bersama BOSSKU@NILAI sempena Sambutan Hari Bapa, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Razak dan dan Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk Seri R S Thanenthiran.

Dalam laporan media sebelum ini, Ahmad Zahid menegaskan BN akan mempertimbangkan untuk memilih calon dalam kalangan parti gabungan itu (Friends of BN) bagi bertanding dalam PRU-15 nanti.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, itu menjadi satu kepastian kerana parti gabungan itu banyak berjasa dalam membantu kemenangan BN pada pilihan raya kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini dan beliau akan berunding dengan semua presiden parti komponen dan Top 5 (lima pemimpin tertinggi Umno) dalam kepemimpinan Umno.

Sementara itu, Najib berkata, adalah wajar parti parti gabungan diberikan peluang kerana mereka juga banyak membantu kemenangan BN.

“Pucuk pimpinan BN akan menimbang perkara ini (rakan BN bertanding) dan kita harap dapat cari kata sepakat dalam hal ini.

“Saya sedar ada persaingan dalam hal kerusi ini tapi kita akan cari jalan permuafakatan antara kita supaya yang utamanya BN hendak menang (PRU-15),” katanya.

Ketika ditanya sama ada BN akan bertanding secara sendirian dalam PRU-15, Najib yang juga bekas Perdana Menteri berkata, perkara itu belum ditentukan lagi.

-Harian Metro

Tags: BincangBNKedudukan KerusiRakan Gabungan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keluarga Dnars Buat Laporan SPRM

Next Post

Zuraida Harap Kekal Dalam Kabinet

Related Posts

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

15/06/2025
0

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menyambut baik kenyataan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyatakan kesediaan mereka...

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Next Post

Zuraida Harap Kekal Dalam Kabinet

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd