• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual Ubat Seludup Kepada Penagih

oleh AK-47
15/06/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Negeri Sembilan mengesan beberapa produk psikotropik yang diseludup ke negara ini dan dijual kepada penagih dadah.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kegiatan itu dilakukan sebuah klinik perubatan swasta di bandar raya ini sebelum premis berkenaan diserbu Khamis lalu dan sejumlah produk dianggarkan bernilai RM64,273 dirampas.

Pengarah Kesihatan Negeri Negeri Sembilan, Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata, operasi bersepadu menerusi Ops Nilam itu dijalankan 15 Pegawai CPF Negeri Sembilan, CPF Kuala Lumpur dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

“Hasil operasi berjaya merampas sebanyak 17 keluaran yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), tujuh jenis keluaran psikotropik yang berdaftar dan lima jenis peranti digital dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM64,273.

“Siasatan awal mendapati produk itu dibawa masuk dari negara luar menggunakan laluan yang tidak sah dan dibekalkan kepada penagih dadah sekitar Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, maklumat dan kerjasama daripada pihak awam turut membantu jabatan menjayakan operasi itu.

Tambah beliau, sumber produk itu tidak diketahui dan penggunaan produk adalah tidak diyakini keselamatannya serta boleh membahayakan kesihatan orang awam.

“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali di bawah akta yang sama.

“Selain itu, siasatan mengikut Seksyen 32(2) Akta Racun 1952, jika sabit kesalahan pihak yang berkaitan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali di bawah akta yang sama

“Dan di bawah Seksyen 30(5) akta yang sama, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali di bawah akta yang sama,” katanya.

-Harian Metro

Tags: penagihUbat Seludup
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

YBR Peruntuk Bantuan RM160,000

Next Post

Stok Senjata Nuklear Global Bakal Meningkat

Related Posts

9 Penagih Dadah Ditahan Di Tasek Gelugor

18/12/2018
0

KEPALA BATAS - Polis menahan sembilan lelaki yang merupakan penagih dadah di lokasi mereka menghisap dadah di Kampung Tok Bedu,...

Penagih Maut, 3 Petugas AADK Cedera Van Terbabas

21/01/2017
0

KUANTAN - Seorang penagih dadah wanita yang dalam perjalanan ke Pusat Pemulihan Narkotik Bachok, Kelantan maut selepas van Agensi Antidadah...

Next Post

Stok Senjata Nuklear Global Bakal Meningkat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd