Sample Page Title

Pembaharuan yang dapat dilihat dalam skuad Harimau Malaya ketika ini sedikit sebanyak hasil sumbangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua jurulatih Harimau Malaya yang semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia, Kim Pan-gon yang berpendapat sedemikian.

Kim Pan-gon berkata, kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menyalurkan lebih 15 pemain kepada pasukan kebangsaan malah lebih ramai pemain baru yang lebih baik sedang dalam persiapan.

“Tunku Ismail sentiasa menyokong pasukan kebangsaan sejak awal lagi dan kami amat menghargai jasanya,” katanya.

Justeru, Kim Pan-gon berharap Tunku Ismail yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempertimbangkan semula keputusannya meninggalkan JDT.

Memang benar sebilangan orang tidak berpuas hati dengan pendekatan JDT kerana mengumpul pemain-pemain terbaik untuk muncul pasukan terhebat.

Tetapi tempiasnya kepada pasukan kebangsaan jua termasuklah usaha JDT membawa masuk pemain naturalisasi diberikan kerakyatan.


JDT mengumpul pemain terbaik sebagai satu pasukan dalam Liga Malaysia serta antarabangsa dan pemain ini juga mewakili pasukan negara.

Sekaligus memudahkan jurulatih hebat seperti Kim Pan-gon untuk mendapatkan keserasian dalam kalangan pemain terbaik Malaysia.

Seorang rakan penulis berkata, kebanyakan pemain Perancis bermain dengan PSG, pemain Jerman berkumpul di Bayern Munich, Barcelona menjadi lubuk pemain Sepanyol.

Belgium meskipun mempunyai pemain yang hebat, tetapi tiada keserasian kerana masing-masing bermain di kelab bola sepak serata dunia.

Wallahualam bissawab…

-Mynewshub

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar negara...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini...

Sri Lanka Terpaksa Tutup Sekolah, Kerja Dari Rumah Jimatkan Petrol

COLOMBO: Krisis ekonomi di Sri Lanka semakin meruncing apabila pihak kerajaan mengambil keputusan menutup...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Filem Mat Kilau Atasi Jurassic World, Top Gun Maverick

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat...

Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling jauh...

14 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA: Seramai 14 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJurucakap Panitia...