Monday, September 25, 2023

Creating liberating content

Syarikat Malaysia Mampu Melabur...

KUALA LUMPUR - Ramai rakyat beranggapan syarikat Malaysia tidak mampu untuk melabur di...

Lebih 20 Juta Guna...

KUALA LUMPUR - Lebih 20 juta pengguna telah menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa...

Kecantikan Bakal Isteri Saharul...

PERKONGSIAN beberapa keping gambar sekitar majlis khatam Al-Quran oleh bakal isteri pelakon Saharul...

21 Pesawat China Ceroboh...

TAIPEI: Taiwan mendakwa sebanyak 21 pesawat tentera udara China menceroboh ruang udara negara...

Harga Runcit Petrol RON97, RM4.84 Seliter, Naik 1 Sen

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen kepada paras RM4.84 berbanding RM4.83 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 29 Jun ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.

Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

-Utusan Online

Kategori

Leave a Reply