• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Maksimum Ayam, Telur Dilanjutkan Hingga 30 Jun

oleh Mohd Arshad
02/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju melanjutkan harga maksimum runcit ayam standard, ayam super dan telur ayam menerusi Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam hingga 30 Jun ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam yang dilaksanakan sejak 5 Februari lepas sepatutnya berakhir Ahad ini (5 Jun), dan pelanjutan itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.

“Pelanjutan tempoh ini adalah untuk memastikan Keluarga Malaysia bersedia dengan perubahan harga apabila penentuan harga ini berakhir pada 30 Jun 2022 nanti,” kata Nanta dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menerusi Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam, harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard ditetapkan pada RM8.90 sekilogram, ayam bulat super pada RM9.90 sekilogram, telur ayam gred A pada 43 sen sebiji, telur ayam gred B pada 41 sen sebiji dan telur ayam gred C pada 39 sen sebiji.

Bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, harga maksimum ayam dan telur adalah berbeza mengikut zon dan daerah.

Nanta berkata, Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan pemberian bantuan untuk golongan sasar berpendapatan rendah termasuk kadar dan mekanisme penyaluran bantuan bagi menangani kenaikan harga barang apabila penentuan harga maksimum ayam dan telur tamat pada 30 Jun nanti.

Beliau berkata, pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus meningkatkan penguatkuasaan setiap hari di seluruh negara untuk menentukan bekalan sentiasa stabil dan tiada pencatutan berlaku di pasaran.

“Kerajaan mengingatkan kepada komuniti peniaga supaya sentiasa beretika dalam menjalankan perniagaan dan tidak mencatut untuk mengaut keuntungan yang tidak munasabah,” katanya.

Kerajaan, kata Nanta turut menyeru, agar pengguna menggunakan kuasa beli mereka dalam membeli mengikut keperluan dan berbelanja secara berhemah.

Bernama-

Tags: ayamharga maksimum runcittelur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Russia Henti Salur Bekalan Gas Kepada Shell

Next Post

Pentaksiran Tingkatan Tiga Dimansuh

Related Posts

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

12/07/2023
0

PUTRAJAYA: Sebuah ladang babi dekat Seberang Perai, didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020 selepas dikesan menternak haiwan...

Next Post

Pentaksiran Tingkatan Tiga Dimansuh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd