• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Bahan Mentah Untuk Ubat Dijangka Meningkat

oleh Mohd Arshad
03/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Harga bahan mentah yang diimport bagi penghasilan ubat-ubatan untuk bekalan dalam negara dijangka naik berikutan ketidakstabilan ringgit serta peningkatan kos logistik.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Bhd (Duopharma Biotech), Leonard Ariff Abdul Shatar, berkata kenaikan itu berikutan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini.

“Pembekal menjangkakan harga bahan mentah untuk penghasilan ubat naik berikutan ketidakstabilan mata wang ringgit serta peningkatan kos logistik,” katanya kepada BH, hari ini.

Leonard Ariff bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada kenaikan harga bahan mentah itu akan mendorong kenaikan harga ubat-ubatan dalam pasaran negara kerana ia bergantung pada ketetapan kerajaan.

“Kita akan ikut ketetapan oleh kerajaan untuk harga jualan ubat-ubatan di negara ini. Sebarang semakan (harga dan bila kenaikan berlaku), kita akan ikut pekeliling kerajaan,” katanya.

Mengenai bekalan ubat-ubatan sedia ada, beliau berkata, syarikat berkenaan memastikan bekalan bahan mentah simpanannya boleh menampung pengeluaran ubat-ubatan bagi tempoh tiga hingga empat bulan.

Katanya, pihak syarikat memang sentiasa memastikan bahan mentah yang diperoleh dari luar negara berupaya menampung stok tambahan bagi memastikan bekalan ubat-ubatan keluaran Duopharma Biotech seperti ubat batuk, selesema, sakit mata, vitamin serta makanan tambahan, tidak terganggu.

“Meskipun tidak dapat mengelak kenaikan harga bahan mentah, kami tidak berdepan masalah dalam perolehan bahan itu dan kami juga mempunyai simpanan ‘tambahan’ bagi menampung operasi harian.

“Duopharma Biotech mempunyai cukup bekalan ubat dan bahan mentah. Pihak syarikat memastikan bahan mentah yang kami ada dapat menampung tiga hingga empat bulan pembuatan ubat-ubatan. Justeru, kami tidak menghadapi masalah membekalkan ke hospital, klinik kerajaan, swasta serta farmasi,” katanya.

Duopharma Biotech membekalkan pelbagai ubat-ubatan, antaranya untuk rawatan diabetes, kanser, buah pinggang dan sakit jantung. Firma tempatan itu juga menghasilkan ubat-ubatan am seperti ubat batuk, selesema, sakit mata, vitamin serta makanan tambahan.

Semalam, BH melaporkan beberapa jenis ubat-ubatan dikesan mengalami kekurangan di pasaran, termasuk di klinik swasta berikutan kegagalan pembekal dari luar negara menghantar bekalan mengikut tempoh yang ditetapkan akibat kekurangan bahan mentah.

Antara ubat yang didakwa mengalami kekurangan adalah ubat batuk, demam dan antibiotik yang disifatkan penting untuk rawatan harian pesakit.

Kekurangan itu diakui oleh Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan pengamal perubatan di klinik swasta.

BHonline-

Tags: Duopharma BiotechHarga bahan mentahubat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Panas Disebabkan Pemanasan Muka Bumi, Kurang Hujan – MetMalaysia

Ibu Maut Dengan Kesan Tikaman Menjerit-jerit Tak Mahu Makan Ubat

13/04/2023
0

BACHOK – Seorang ibu berpantang selepas melahirkan anak keempat yang ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumah ibunya di...

Ubat Baharu Eisai Untuk Alzheimer Didapati Berkesan

Ubat Baharu Eisai Untuk Alzheimer Didapati Berkesan

29/09/2022
0

TOKYO - Pengeluar ubat Jepun, Eisai Co. dan syarikat biofarmaseutikal Amerika Syarikat, Biogen Inc., pada Rabu memaklumkan ubat Alzheimer yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd