• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fahmi Cadang RUU Persendirian Pinda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

oleh Mohd Arshad
06/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berhasrat mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) pada sidang Parlimen Julai depan ekoran kejadian kecurian data peribadi yang berleluasa dan masih gagal ditangani kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Beliau menegaskan, akta tersebut perlu dikaji semula di samping mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan data peribadi rakyat termasuk data peribadi yang disimpan dan dikendali agensi-agensi kerajaan.

Katanya, Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pernah menyatakan Akta 709 akan dikaji semula namun status kajian semula serta cadangan pindaan terhadapnya masih belum diketahui umum setelah berlakunya Langkah Sheraton.

“Memandangkan kejadian kecurian data peribadi belum dapat dihentikan dan yang terbaharu berlaku pada hujung Mei lalu, saya menggesa agar Menteri Komunikasi dan Multimedia serta Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi memberi penjelasan segera berhubung status kajian semula Akta 709 serta langkah yang telah diambil menjamin keselamatan data peribadi rakyat termasuk data peribadi disimpan atau dikendali agensi-agensi kerajaan.

“Menteri Komunikasi dan Multimedia perlu menggunakan peluang sidang Parlimen bermula 18 Julai nanti untuk membentangkan pindaan kepada Akta 709,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fahmi menambah, dianggarkan lebih 100 juta set data peribadi seperti nama penuh, alamat, nombor telefon, nombor MyKad dan pelbagai maklumat peribadi lain di Malaysia dipercayai dicuri dari syarikat dan badan di bawah bidang kuasa pelbagai kementerian dalam tempoh masa lima tahun kebelakangan ini.

“Kes-kes kecurian berprofil tinggi melibatkan lebih 70 juta data peribadi yang lain sama ada masih belum dibawa ke mahkamah atau hasil siasatan atau tindakan kementerian atau agensi bertanggungjawab tidak diketahui umum. Keadaan ini tidak baik untuk rakyat mahupun ekonomi Malaysia.

“Ke mana perginya semua data yang telah dicuri ini? Mengapa kecurian data masih kerap berlaku? Adakah data peribadi yang dicuri ini disalah guna penjenayah bagi tujuan penipuan atau aktiviti jenayah lain? Hal ini amat merisaukan,” soalnya.

-Utusan Online

Tags: RUU Persendirian Pinda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd