Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mohd. Naim Timbalan CEO...

KUALA LUMPUR - Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melantik Datuk Mohd. Naim...

Piala AFF Suzuki: Kim...

YANGON - Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee sedia bertanggungjawab...

Jangan Bongkak Dan Ego...

MELAKA - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diselar agar tidak...

Aidil Aziz Akui Rapat...

PELAKON kacak, Aidil Aziz mengakui bahawa aktess jelita, Fasha Sandha merupakan teman rapatnya...

Daniel Ting Disambar JDT, Mauricio Tinggalkan Harimau Selatan

JUARA bertahan lapan musim berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kehadiran pemain pertahanan baharu, Daniel Ting untuk mengharungi baki saingan musim ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengumuman itu dibuat menerusi satu video pengenalan pemain yang dimuat naik di laman sosial rasmi Instagram kelab berkenaan semalam.

Ia sekali gus meleraikan teka-teki destinasi kelab sete­rusnya selepas dia sebelum ini hilang secara misteri setelah enggan untuk beraksi dengan Kuala Lumpur (KL) City FC pada awal saingan musim ini.

Kehadiran bek kiri berusia 29 tahun itu menjadikan dia antara beberapa nama baharu yang bakal diumumkan JDT dan mengisi kekosongan diting­galkan Mauricio dos Santos Nascimento.

Mauricio, 33, yang diberi julukan nama ‘kereta kebal’, sah meninggalkan JDT selepas berkhidmat bersama kelab tersebut sejak 2019.

“Terima kasih atas khidmat dan komitmen cemerlang sepanjang empat musim di mana kita memenangi lapan trofi bersama-sama.


“Anda adalah legenda kelab dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Keluarga JDT,” menurut kenyataan JDT.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards sebelum ini mendedahkan juara Piala AFC 2015 itu akan menandatangani empat tonggak baharu iaitu dua dari luar negara dan dua pemain tempatan.

Ia bermakna pemain lain bakal diumumkan dalam masa terdekat dengan pemain be­rdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools antara yang hangat diperkatakan.

Spekulasi itu bertambah kencang selepas tular gambar Cools hadir dalam satu majlis di Johor bersama pemilik JDT yang juga Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan beberapa individu lain termasuk ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori