• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Rawatan Paxlovid Diperluas Ke Fasiliti Kesihatan Swasta

oleh Mohd Arshad
08/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperluaskan penggunaan ubat antiviral Paxlovid ke fasiliti kesihatan swasta yang terpilih dalam waktu terdekat.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata sebelum ini pengunaan ubat berkenaan sudah digunakan di fasiliti kesihatan KKM bagi merawat pesakit COVID-19 kategori dua dan tiga, sejak 15 April lalu

Setakat ini, katanya, seramai 1,364 pesakit COVID-19 sudah menerima rawatan menggunakan Paxlovid dan sembuh sepenuhnya tanpa sebarang kesan sampingan teruk.

“Rawatan ini terbukti selamat dan berkesan serta dapat mengurangkan kesan teruk jangkitan dan kadar kematian pesakit COVID-19. Justeru bagi memastikan akses yang lebih baik kepada pesakit, rawatan menggunakan ubat Paxlovid ini akan diperluaskan ke fasiliti kesihatan swasta terpilih dalam waktu yang terdekat.

“Pemberian ubat Paxlovid kepada pesakit di fasiliti kesihatan swasta adalah secara percuma,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Khairy berkata, pesakit masih tertakluk kepada caj khidmat rundingan dan lain-lain caj berkaitan yang ditentukan oleh fasiliti kesihatan swasta berkenaan.

Beliau berkata, walaupun Malaysia sudah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik dan sempadan negara juga sudah dibuka, golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas dan individu dengan komorbiditi, termasuk mereka yang belum menerima vaksinasi, perlu diberikan perlindungan yang terbaik supaya mereka terhindar daripada mendapat kesan jangkitan COVID-19 yang teruk.

Dalam pada itu, Khairy berkata, dalam usahanya memastikan golongan berisiko tinggi terus mendapat perlindungan daripada jangkitan COVID-19 yang optimum, KKM akan memulakan rawatan ubat antibodi monoclonal Tixagevimab plus Cilgavimab (EVUSHELD) dalam waktu yang terdekat.

“Kajian menunjukkan bahawa ubat antibodi EVUSHELD dapat melindungi penerima daripada jangkitan COVID-19 untuk jangka masa enam bulan selepas pemberian suntikan.

“Buat masa ini, ubat antibodi EVUSHELD ini hanya akan diberikan di hospital kerajaan dan ia boleh digunakan sebagai profilaksis pra-pendedahan atau Preexposure prophylaxis (PrEP) untuk golongan yang belum dijangkiti COVID-19 tetapi berisiko tinggi untuk dijangkiti.

“Penilaian kelayakan pesakit untuk menerima ubat antibodi ini akan dilakukan oleh Pakar Perubatan yang merawat dan kriteria pemilihan pesakit iaitu berumur 12 tahun ke atas, mempunyai berat badan lebih 40 kilogram dan dalam kalangan golongan Immunocompromised sederhana hingga teruk,” katanya.

Beliau berkata, ia mengambil kira tindak balas imun golongan ini terhadap vaksinasi COVID-19 yang berkemungkinan tidak mencapai tahap imuniti yang memuaskan atau individu yang tidak dapat mengambil vaksin sepenuhnya akibat sebab-sebab perubatan atau mempunyai sejarah tindak balas teruk terhadap vaksin COVID-19.

Khairy berkata, kaedah pemberian ubat antibodi itu adalah melalui dua suntikan intramuskular yang berasingan bagi dua jenis ubat iaitu Tixagevimab dan Cilgavimab serta akan diberikan secara berturut-turut.

“Bagi pesakit immunocompromised yang sudah menerima vaksin COVID-19, EVUSHELD hendaklah diberikan sekurang-kurangnya dua minggu selepas vaksinasi.

“KKM sentiasa berusaha untuk mempersiap dan melengkapkan sistem kesihatan negara dengan kelengkapan serta ubatan yang selamat serta berkualiti tinggi bagi melindungi seluruh penduduk di Malaysia daripada dijangkiti COVID-19 atau mendapat kesan jangkitan yang teruk,” katanya.

Khairy berkata, KKM yakin dengaan ubat-ubatan serta kaedah rawatan yang sentiasa ditambahbaik Malaysia kini berada dalam landasan yang terbaik untuk melalui Fasa Peralihan ke Endemik ini dengan berkesan dan selamat.

BHonline-

Tags: Covid-19fasiliti kesihatan swastaKKMPaxlovid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd