• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Lancar Ujian Pintasan Peluru Berpandu

oleh Mohd Arshad
20/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHANGHAI: China melancarkan ujian pemintasan peluru berpandu bagi tujuan pertahanan dan tidak disasarkan terhadap mana-mana negara, umum Kementerian Pertahanan yang menyifatkannya sebagai ‘mencapai matlamat dijangkakan.’

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

China dilapor giat meningkatkan penyelidikan dalam semua jenis peluru berpandu, daripada yang mampu memusnahkan satelit di angkasa lepas hinggalah kepada peluru berpandu balistik canggih, sebagai sebahagian daripada skim pemodenan bercita-cita tinggi yang dipantau Presiden Xi Jinping.

Beijing pernah menjalankan ujian pemintasan peluru berpandu sebelum ini, termasuk yang diumumkan pada 2018 serta Februari 2021. Media negara ini melaporkan, China melaksanakan ujian sistem antipeluru berpandu sejak 2010.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan ujian teknologi pemintasan antipeluru berpandu berkenaan dilancarkan pada waktu malam.

“Ujian itu mencapai matlamat dijangkakan. Ujian ini adalah untuk pertahanan serta tidak disasarkan terhadap mana-mana negara,” jelas kenyataan itu tanpa memberikan perincian lanjut.

Dalam perkembangan lain, Parti Komunis China menetapkan peraturan bagi terus mengekang aktiviti perniagaan dalam kalangan ahli keluarga pegawai kanan kerajaan, sebagai langkah terkini memerangi rasuah.

“Pegawai mesti melaporkan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh pasangan dan anak mereka.

“Sesiapa yang gagal berbuat sedemikian atau cuba melanggar peraturan itu, akan dikenakan tindakan tegas mengikut peraturan dan undang-undang,” lapor agensi berita Xinhua yang memetik peruntukan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis, semalam.

Menurut laporan itu, pasangan dan anak kepada pegawai terbabit mesti menarik diri daripada aktiviti perniagaan mereka, atau pegawai itu perlu meletak jawatan yang disandang dan ‘menerima pelarasan pekerjaan’ serta berdepan hukuman lain.

Xinhua melaporkan, aktiviti perniagaan berkenaan merangkumi pelaburan dalam perusahaan, menyandang jawatan kanan dalam perusahaan swasta atau perusahaan bawah pembiayaan asing, pelaburan dana ekuiti swasta, dan terbabit dalam perkhidmatan undang-undang serta pengantara sosial berbayar.

Ribuan pegawai telah dihukum dalam usaha Jinping memerangi rasuah sejak memimpin negara ini pada 2012.

Sebelum ini, banyak kes rasuah membabitkan pegawai yang mendaftarkan perniagaan dan hartanah bawah nama sanak saudara yang membolehkan mereka memenuhi garis panduan ditetapkan parti sementara masih menggunakan pengaruh masing-masing untuk menambah kekayaan.

UtusanOnline-

Tags: ChinaPeluru Berpandupintasan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Usah Risau Peningkatan Kembali Kes COVID-19 – Pakar

Next Post

Insentif Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Tempatan, Import Dilanjutkan

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Next Post

Insentif Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Tempatan, Import Dilanjutkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd