Sample Page Title

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang bekerjasama rapat dengan pakar-pakar kesihatan untuk menukar nama baharu bagi virus cacar monyet, lapor Badan Penyiaran British (BBC).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Tindakan itu dilakukan susulan penulisan lebih 30 saintis pada minggu lalu mengenai keperluan yang mendesak untuk nama yang tidak mendiskriminasi dan tidak memberikan stigma bagi penyakit itu.

Rujukan berterusan yang menyatakan virus itu berasal dari Afrika adalah tidak tepat dan bersifat diskriminasi, kata mereka.

Kira-kira 1,600 kes cacar monyet telah direkodkan di seluruh dunia sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Sebanyak 72 kematian turut dilaporkan di negara-negara di mana cacar monyet sudah menjadi endemik. Bagaimanapun, tiada kematian direkodkan di 32 negara yang baru terjejas termasuk Britain.


Dalam pada itu, WHO bakal mengadakan mesyuarat tergempar pada minggu depan untuk menentukan keperluan untuk mengklasifikasikan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, wabak cacar monyet adalah luar biasa dan membimbangkan.

“Atas sebab itu saya memutuskan untuk memanggil Jawatankuasa Kecemasan di bawah peraturan kesihatan antarabangsa pada minggu depan untuk menilai sama ada wabak ini merupakan kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan seluruh dunia atau tidak,” kata beliau.

Kosmo-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...