• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara

oleh Mohd Arshad
27/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar negara selepas sempadan negara kembali dibuka bermula 1 April 2022.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Jabatan Imigresen Malaysia pada Mac lalu malah memaklumkan telah menyediakan 970,000 passport bagi mereka yang ingin membuat permohonan atau memperbaharui pasport lama.

Bagaimanapun dalam keseronokan mahu ke luar negara ada perkara yang amat penting perlu dilakukan, tetapi kerap diambil mudah oleh sebilangan rakyat Malaysia.

Perkara penting tersebut adalah menyemak sama ada mereka dikenakan sekatan untuk ke luar negara oleh Lembaga Hasil Dalam Negara Malaysia (LHDNM).

Sebab itu juga banyak kali peringatan berkenaan perkara itu pernah dibuat oleh LHDNM sama ada melalui media massa mahupun media sosial sebelum ini.

“Sudahkah anda menyemak dan menjelaskan cukai pendapatan sebelum ke luar negara?,” kata LHDNM.

Jom kita ambil tahu serba sedikit mengenai sekatan ke luar negara yang dikenakan oleh LHDNM agar kita menjadi rakyat yang lebih bermaklumat dan berinformatif.

Menurut LHDNM, individu atau pengarah syarikat yang gagal menjelaskan cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah atau cukai korporat akan dikenakan sekatan ke luar negara.

Pemakluman tindakan tersebut akan dibuat ke alamat terakhir yang dikemaskini oleh pembayar cukai kepada LHDNM melalui data percukaian terkini yang direkodkan.

Ini bermaksud setiap individu atau pengarah syarikat harus mengambil inisiatif untuk mengetahui sama ada mereka dikenakan sekatan walaupun mungkin telah berpindah alamat.

Tiada alasan untuk mereka tidak mengetahui tindakan tersebut kerana terdapat pelbagai cara yang amat mudah dan cepat untuk mereka menyemak perkara berkenaan.

Semakan boleh dilakukan melalui portal MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my/ atau di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di https://sspi.imi.gov.my/sspi/.

Mereka malah boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui panggilan telefon di talian Hasil Care Line 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau melalui HASiL Live Chat.

Individu atau pengarah syarikat juga wajar menyemak sama ada mereka dikenakan sekatan ke luar negara seminggu lebih awal sebelum tarikh berangkat.

Ia kerana mereka yang mahu membatalkan sekatan ke luar negara tersebut perlu melunaskan bayaran cukai sepenuhnya.

Kemudian perlu mengemukakan resit bayaran ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai mereka tujuh (7) hari sebelum tarikh perjalanan.

LHDNM bagaimanapun tidaklah zalim dan kurang berperikemanusiaan. Jika tidak dapat menjelaskan tanggungan cukai sepenuhnya masih boleh memohon pelepasan sementara.

Syaratnya adalah hadir ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail mereka sekurang-kurangnya lima (5) hari sebelum tarikh perjalanan.

Kemudian mengemukakan surat permohonan mengandungi maklumat destinasi, tujuan dan tempoh di luar negara dan membuat bayaran 50 peratus daripada jumlah cukai tertunggak.

Surat pelepasan sementara akan dikeluarkan oleh LHDNM kepada pembayar cukai dengan menyatakan tempoh pelepasan sementara yang diberikan.

Kesimpulannya adalah `afdal’ kita mengambil inisiatif melakukan semakan secara berkala agar tidak kelam kabut apabila ada keperluan ke luar negara secara tiba-tiba.

-Mynewshub

Tags: LHDNMluar negaraSekatan LHDNMSemakan Awal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

Next Post

MYCC Nilai Laporan Siasatan Kartel Industri Ayam

Related Posts

LHDNM Lindungi Kerahsiaan Pemberi Maklumat

Bayar Cukai Pendapatan Elak Dikategorikan Tidak Patuh

01/10/2024
0

EKONOMI global kembali rancak selepas pandemik Covid-19 berakhir. Begitu juga aktiviti perniagaan di Malaysia menerima tempiasnya. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan...

Serampang Dua Mata LHDNM Dan Kastam

Serampang Dua Mata LHDNM Dan Kastam

19/08/2024
0

Cyberjaya, 19 Ogos 2024 - Kerjasama erat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) bersama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)...

Next Post
MYCC Nilai Laporan Siasatan Kartel Industri Ayam

MYCC Nilai Laporan Siasatan Kartel Industri Ayam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd