• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Brunei Kekal Tangguh Buka Sempadan

oleh Mohd Arshad
08/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Brunei meneruskan penangguhan aktiviti merentas sempadan negara itu terhadap warga asing sehingga 15 Jun ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Jabatan Perdana Menteri Brunei dalam kenyataan yang diedarkan kepada media Sarawak, hari ini, menjelaskan penangguhan itu terpakai kepada warga asing yang masuk melalui pelabuhan darat dan laut, termasuk transit melalui Brunei.

Bagaimanapun, larangan itu dikecualikan bagi perjalanan masuk dan transit yang diluluskan oleh Kerajaan Brunei.

“Kemasukan dan perjalanan transit melalui Brunei hanya boleh dipertimbangkan bagi kenderaan yang mempunyai Permit Lintas Batas dan Penyata Kenderaan Transit yang dikeluarkan oleh Kerajaan Brunei dengan jaminan atau sokongan pihak berkuasa negara Brunei,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, syarat kemasukan yang ditetapkan ialah urusan rasmi kerajaan, persekolahan, perkhidmatan kecemasan seperti ambulans, polis dan tentera.

“Selain itu, turut menjadi syarat kemasukan ialah pengendali pengangkutan yang berdaftar di luar negara sudah divaksin dan memiliki Permit Lintas Batas yang dikeluarkan oleh Kerajaan Brunei untuk penghantaran barangan keperluan penting.

“Syarat-syarat pertimbangan perjalanan masuk dan keluar tertakluk kepada semakan oleh Jawatankuasa Pandu bagi COVID-19 dari semasa ke semasa,” katanya.

Berikutan penangguhan aktiviti rentas sempadan itu, rakyat Malaysia yang tinggal di Limbang masih menghadapi kesulitan untuk keluar ke daerah lain di Sarawak atau Sabah kerana kedudukannya yang diapit negara Brunei.

BHonline-

Tags: BruneiCovid-19sempadan negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd