• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BERSATU Gesa PM Segera Putuskan Pengganti Zuraida

oleh Mohd Arshad
21/06/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : BERSATU mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob segera membuat keputusan berkenaan kuota Kabinet yang perlu diisi kepada parti itu susulan keluarnya Datuk Zuraida Kamaruddin daripada parti berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata partinya berhak mendapatkan semula kuota itu memandangkan sejak awal perjanjian pembentukan kerajaan, ia sudah diperuntukkan kepada BERSATU.

“Saya minta Perdana Menteri bagi keutamaan terhadap kenyataan Zuraida. Saya fikir (masanya) sudah melangkau lebih dua minggu. Di pihak BERSATU, kita sudah nyatakan pandangan kita. Jadi sewajarnya perkara itu diputuskan segera oleh Perdana Menteri.

“Soal PBM (Parti Bangsa Malaysia) itu saya tidak campur. Saya bimbang kedudukan kita dan kerajaan dan jawatan menteri memang menjadi sebahagian daripada kandungan perjanjian antara Perdana Menteri dengan pimpinan PN,” katanya pada sidang media selepas Program #RuangBelia bersama Muhyiddin di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, BERSATU juga sudah mempunyai calon sesuai untuk menggantikan kuota yang ditinggalkan Zuraida.

“Saya tak mahu pimpinan BERSATU menyatakan saya tidak bertindak secara sewajarnya. Kita pun ada pendirian. MPT BERSATU sudah buat keputusan dan minta pertimbangan Perdana Menteri buat keputusan supaya menyegerakan.

“Supaya isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Dia nak lantik (Zuraida) jadi apa ikutlah, tapi kuota BERSATU itu tak bolehlah ambil.

“Mahu bagi kementerian baharu (kepada Zuraida) atau apa saja, saya tak mahu campur, tapi yang kuota BERSATU yang kita sudah terima, jadi harus dipenuhi,” katanya.

Dalam pada itu, menyentuh kenyataan pemimpin PAS yang menolak cadangan ‘Khemah Besar’, Muhyiddin berkata, segala keputusan dibuat membabitkan PN akan ditentukan oleh pimpinan semua parti, bukan dirinya sendiri.

“Sebab kita duduk dalam PN. Kita baru ini ada mesyuarat. Kita dalam PN ada pandangan dan kita bincang. Saya fikir tidak ada satu yang luar biasa. Semua perkara yang itu bila saya buat pertemuan, saya lapor dalam mesyuarat.

“Tiada yang rahsia. Semua itu sudah dibincangkan PN. Ada keputsuan yang kita sudah buat secara bersama. Apa yang penting bagaimana kita mahu mengukuhkan kedudukan PN,” katanya.

-Berita Harian

Tags: BERSATUgesaPengganti Zuraidapmzuraida
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jentera PAS Tidak Bantu Calon Bersatu?

Jentera PAS Tidak Bantu Calon Bersatu?

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Jentera PAS tidak membantu calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Spekulasi...

Bersatu Dakwa Pengerusi PN Desak Majlis Tertinggi Terima Penyertaan Parti Cinta Malaysia

Bersatu Dakwa Pengerusi PN Desak Majlis Tertinggi Terima Penyertaan Parti Cinta Malaysia

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kesal dengan tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd